Thursday, 30 January 2014

WE DO NOT DESERVE THE CRAP FOOD AND SERVICES

Assalamualikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,

1. Food is an essential thing to all humankind. For that matter MokDah is very particular on the quality of food that I eat, the cleanliness and of cause the quality of service.


2. Last weekend, MokDah was having dinner in one of the so call famous restaurant in Kuantan, there are many people at the outlet and we have to wait for quite sometime for the food to arrive.

3. Finally when the food arrived I was so socked and upset over everything, from the way the food was served to us, the way the food was prepared and the way the waiter spoke to us.

4. The waiter came in a hurry, just throw the plate with the fried squid and fried prawn on the table and have the guts to tell us that they have serve us both in the squid and prawn in the same  plate, in fact it was fried together.

5. I was shocked to hear and see this is happening and lost my appetite further when the fried squid and prawn was soggy and not crispy at all.

6. While my colleagues goes on eating, I keep looking around and wondering why does these people accept such crap food and service here. People comes and go, flogging the restaurant.

7. Come-on customers, we are paying for the food and why do we allow such standard to happen. Than I realised, Malaysian on the whole are not fussy and particular and they do not exercised their rights as consumers.


8. Than MokDah thought about another out-let at Subang Parade where once the restaurant was serving excellent Japanese food. But now MokDah notice, especially the choice of food and its serving are not as interesting as when it first started.

9. The pictures of the food in the menu looks far much better than the actual food being served. Not just that, the serving are very much small in portion compared to the one in the Menu.

10. MokDah told this friend of mine, this is deceiving and ethics not right. We are some sort being cheated with the picture. MokDah tried to speak with the supervisor, but no luck on two occasion as I was told, either he is not around or he comes in late.

11. Another encounter, is when MokDah had lunch at Empire Court. Thought we would like to just take bread and curry, to keep our diet but to our great surprise we were serve with an expired curry (with squirming curry fleas - and we only realised it after eating them and another colleague just about to start eating). At first we thought it was just poppy seed (kas-kas) and continue eating until finish. All we got when we ask the waiter to take it away and show to the chef, is free of charge and no compensation was offered.

12.The funny thing, we too do not exercise or demand our right, but being Malaysian very forgiving we just love over it and until now it became a joke to us.

13. If we were in other countries, when the consumer exercise their rights, either we would be compensated with another meal at least or if the case is being brought to consumer's tribunal, we would have good got thousands of dollars as compensation.

14. Anyway, it is common in the food serve by many outlets in Malaysia to find all sorts of unwanted alien in the food such as cockroaches, lizards, hair (do no what kind of hair?).  @30.12.2014



Sunday, 26 January 2014

RUMPUT ISRAEL - TUMBUHAN LIAR UNTUK HILANGKAN BAU DURIAN

Assalamualikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,

1. Semalam MokDah mengenali satu lagi tumbuhan liar yang agak menarik di tepi Karak Highway ketika berhenti untuk makan durian.

2. Bagi pekebun, tumbuhan yang dikenali dengan nama rumput israel (asystasia gangetica) atau ara songsang adalah merupakan tumbuhan liar yang mudah membiak dan dianggap menyusahkan.

3. Lazimnya para pekebun akan meracun tumbuhan ini tetapi bagi penternak ia adalah makanan kepada ternakan mereka seperti lembu, kambing dan juga arnab.

4. Apa yang MokDah diberitahu, daun ini juga ada khasiatnya, boleh digunakanuntuk mengubat luka akibat gigitan serangga dengan cara melumatkan daunnya dan menampalkannya pada tempat luka. Ada juga yang memakan pucuk daun ini untuk dijadikan ulam.

5. Penjual durian tepi Karak Highway itu juga mendapati daun israel ini berguna kepada pelanggannya dimana ia boleh menghilangkan bau durian ditangan dengan meramaskan daun tersebut.

6. MokDah dah cuba, memang betul bau durian tak lagi lekat ditangan setelah digosok dengan daun israel ini.

7. Sementara itu, bagi mereka yang membeli durian digerai tersebut, turut juga dibekalkan dengan daun israel ini untuk membantu mengurangkan bau durian agar tidak kuat merebak kedalam kereta. Caranya, durian itu dimasukan kedalam kotak  dan kemudian daun-daun tersebut diletakan menutupi durian tersebut sebelum ditutup.

8. Bau durian yang lekat ditangan dan merebak kedalam kereta memang selalu jadi masaalah bagi kita. Dengan itu cubalah gunakan duan isreal ini. @26.01.2014















Sunday, 19 January 2014

DURIAN BELANDA (SOURSOP) - UNTUK RAWATAN

Assalamualikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,

1. Durian Belanda atau nama Inggerisnya Soursop, biasanya dibuat minum atau dimakan begitu sahaja apabila sudah masak.

2. Sebenarnya, durian belanda ini dari buah, daun, kulit pokok hinggalah kepada akarnya dikatakan banyak khasiat untuk merawat berbagai penyakit, diantaranya kanser dan kencing manis.

3. Buahnya boleh dibuat jus dan daunnya direbus buat minum.

4. Cara membuat minuman dari daun durina belanda dan cara meminumnya:

i)   Ambil 40 helai daun durina belanda (jangan terlalu muda atau terlalu tua) dan dianginkan.
ii)  Didihkan air 1 liter, apabila sudah mendidih masukan daun dan perlahankan api, rebus 
     selama 20 minit.
iii) Air rebusan hanya boleh tahan diluar selama 7 jam. Untuk itu elok disimpan dalam peti 
     sejuk. 
iv) Minum 3 kali sehari, satu gelas sebelum makan (setengah jam sebelum makan) selama 30
     hari sahaja.
v) Selepas 30 hari  periksa doktor untuk mengetahui keadaan penyakit.
vi) Jika masih belum sembuh, minum segelas sehari sahaja untuk selama 5 hari seminggu. @19.01.2014


Thursday, 9 January 2014

HOW MANY MORE CHILDREN HAS TO SUFFER AND DIE?


Assalamualikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,

1. I was sadden by the horrible news that I read on page 4, The STAR  newspaper dated 8 January 2014. The whole page was about how 10 children was brutally abused physically, emotionally and mentally that ended up with the children either badly injured, in coma and died.

2. Children are gifts of God to humankind and we adults are responsible for bringing them to the world.  Therefore it is our duty to protect and thus prevent any harm being inflicted to the child, be it from members of our own family or others.

3. As members of the society, we must take an effort to understand and know what to do when we suspects a child is at risk. We are not being nosy but we have a duty to fulfill to protect and prevent potential child being abused.

4. If we ignore the sign of a child being abused, should later the child is found badly injured, in coma or died, than we are equally guilty for not taking the right action, at least to investigate the matter.

5. The step to prevent and stop child abuse start from recognising the sign, than intervention is needed to prevent and lastly to lodge a report to the authorities for investigations. Signs of child abuse not just in bruises and broken bones but deeper than that are emotional abuse and neglect. 


6.Signs of physical abuse:
Brazilian child psychologist Stella Santos, has young children draw pictures to help uncover abuse within children's lives.* Frequent injuries an unexplained bruises, welts or cuts and broken bones. 
* Always watchful "on alert" waiting for something bad to happen;
* Injuries appear to have a pattern such as marks from hand or belt;
* Wears inappropriate clothing to cover injuries.

7.Signs of sexual abuse:
* Complain of pains or frequent crying when going to toilet;
* Trouble walking or sitting;
* Avoiding specific person;
* Does not want to change clothes in front of others or participate in physical activities;
* Runs away from home.

8.So, how many more children will have to suffer in silent, brutally injured, fall into coma and died because of the adults doing abusing them physically, mentally and emotionally? 

9.Doesn't we as the member of the society has a duty to stop the act of child abuse or we choose not to do anything?  @09.01.2014






Tuesday, 7 January 2014

ANAK ADALAH AMANAH ALLAH S.W.T. - LINDUNGILAH MEREKA SEBAIK MUNGKIN

Assalamualikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,

1. Anak - adalah amanah Allah S.W.T. untuk kita jaga dan lindungilah mereka dengan sebaik mungkin. 

2. Setiap keluarga mahukan anak-anak membesar dengan sempurna agar menjadi manusia yang taat pada agama dan ibubapa serta berbakti pada bangsa, agama dan negara dalam apa juga bidang yang akan diceburinya nanti.

3. Bagaimana impian ini boleh tercapai sekiranya ia dibantu dari awal perjalanan hidupnya lagi. Begitu malang sekali apabila impian dan cita-cita ini tidak tercapai setelah ia diganggu gugat ketika anak-anak sedang dalam proses pembesara. Saban hari ada sahaja cerita sedih yang menyayat hati apabila anak-anak yang masih kecil telah menjadi "korban" kepada orang dewasa termasuk keluarga sendiri.

4. Hari ini sekali lagi MokDah terbaca kisah dua orang kanak-kanak, satu berusaia 14 tahun dan 6 tahun di tempat yang berlainan telah dicabul oleh bapa tiri. Soal bapa tiri mencabul  anak tiri ini sudah banyak kali kita baca kisahnya. Setiap kali MokDah terbaca kisah menyayat hati ini, kerap  kali hati tertanya-tanya apakah berbaloi bagi seorang wanita itu berkahwin lagi, lebih lagi yang mempunyai anak-anak perempuan yang masih kecil ataupun yang belum akhir baligh mahupun yang sunti (anak perempuan yang mula menunjukkan perubahan fizikal menjadi gadis).

5. Memang tidak disangkal jodoh pertemuan ditangan Tuhan. Ini bermakna, ibu-bu kenalah pantau suasana di dalam rumah, tidak salah rasanya kalau kita berhati-hati kerana nafsu syaitan akan sentiasa menggoda apabila kita lalai. Ambil tahu perihal anak-anak, kena luangkan masa bersama mereka dan jangan sekali-kali menolak aduan anak-anak, tidak salah kalau diselidik ibarat menarik rambut dari dalam tepung.

6. Kerana itu kita tidak boleh pandang ringan tentang tata cara hidup berkeluarga yang dituntut terutama yang mempunyai anak-anak perempuan, baik dari segi pergaulan, tempat tidur dan cara berpakaian.

7. Kepada kaum MokDah yang bergelar ibu, jagalah dan pantaulah anak-anak perempuan anda dengan sebaik mungkin, jangan kita gagal menunaikan amanah Allah.S.W.T. Disamping itu, perlu diingat wahai ibu, janganlah lupa pula tanggungjawab pada suami.  

8. Sementara itu kita sebagai ahli keluarga, masyarakat dan guru-guru juga mempunyai peranan untuk sama-sama membantu kerana anak-anak memerlukan "perlindungan" dari orang dewasa seperti kita semua. @07.01.2014









Tuesday, 31 December 2013

IMBASAN 2013 DIAMBANG 2014


Assalamualikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,



1. Kini kita sudah berada di ambang 2014 dan dalam masa beberapa jam lagi kita akan meninggalkan tahun 2013. Yang tinggal hanyalah kenangan, baik yang pahit mahupun yang manis. 

2. Syukur kehadarat Allah S.W.T. kerana dipanjangkan umur kita sekalian sehingga ke tahun 2014. Marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah S.W.T. jadikan tahun ini tahun yang terbaik buat kita semua. Insya' allah.

3. Kebiasaannya kita akan mengimbas kembali sedikit sebanyak apakah yang telah kita lalui dan lakukan dalam tempoh 365 hari yang lalu, baik sebagai manusia mahupun umat Islam. Pahit manis, susah senang, jatuh bangun, berjaya dan kecundang, sedih dan gembira sudah menjadi lumrah hidup yang harus kita tempuhi dengan penuh redha.

4. Sudah seharusnya kita menginsafi dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T. atas segala dosa dan kesilapan yang lalu disamping mengucapkan kesyukuran di atas segala kebajikan yang telah kita nikmati. Ameen.

5. Alhamdulillah, tahun 2013 merupakan tahun yang lebih tenang bagi MokDah, tidaklah besar ataupun berat gelombang kehidupan yang ditempuhi. 

6. Disepanjang tahun, Allah S.W.T. telah mengurniakan kesihatan yang baik kepada MokDah sekeluarga termasuk cucu-cucu, kecuali pada bulan October lalu telah dimasukan ke hospital selama 6 hari kerana keracunan makanan. Selain daripada itu adalah sekali sekala demam, selesema dan batuk.

7. MokDah juga telah dikurniakan dengan keluarga yang sejahtera disamping suami, anak-anak, menantu, cucu dan adik beradik serta sanak saudara yang menyenangkan dan membahagiakan. Kenangan paling indah, ialah ketika MokDoh dapat menyambut hari raya bersama seluruh keluarga termasuk adik beradik dan anak saudara di sebuah perkampungan di Umbai, Melaka, negeri tanah tumpah darah ninda kami.

8. Dari segi pekerjaan, alhamdulilah MokDah telah dikurniakan pekerjaan yang amat menyenangkan berkhidmat dengan dua tokoh yang tinggi peribadinya di dalam syarikat nasional yang kukuh dan stabil. Disamping itu MokDah rasa amat bertuah kerana mempunyai rakan pasukan kerja (team mate) yang dedikasi, komited dan setia serta tinggi semangat setia kawannya. Mereka adalah bagaikan keluarga kedua MokDah. Terima Kasih dan MokDah sayang semuanya.

9. Masih banyak yang kurang dan perlu diperbaiki untuk menjadi insan dan umat yang soleh. Semoga kita semua akan terus diberkati Allah S.W.T. pada tahun baru ini -   dipanjangkan umur, sihat tubuh badan, murah rezeki dan sejahtera selalu. Insya' Allah. @ 31.12.2014










Sunday, 29 December 2013

LOVE IS UNCONDITIONAL, SO DOES FOR THE COUNTRY


Assalamualikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,

1. Love is unconditional, so does love for the country. A country is like a mother, it is where we were born and breed and the country makes us the citizen. That is why we are here today, standing where we are now. 

2. I just couldn't understand, there are people who called themselves citizen of the country, but just could not love their own country resulting being disrespect and disloyal.

3. We may have differences among our "brothers and sisters", disagreement with the leaders and politicians  and the way the country are being run and administered. However this should not be the reason for us to loose faith and not loving the country , more so being disloyal or disrespect to the country. We knew the price we have to pay if the citizen of the country started to loose faith, do not care and love the country.

4. So far, we should be thankful to Allah S.W.T. for granting us a stable and peaceful country.

5. It is most vital for all citizens of the Malaysia to uphold the peace and stability of the country that we have been enjoying so far. Unhappiness and disagreement with the leaders and politicians  and the way the country is being run and administered,  should be address in a most democratic and amicable way. It is totally unacceptable should anyone one or group resort to anything that could jeopardise the stability and peace of the country and causing hardship to the people.

6. As an independent and democratic country, we the citizen has the right to voice our disagreement and criticise the leaders and authorities in a most responsible manner. However, the modus operendi should be the "Malaysian Way" not duplicating what others are doing in their country. Each country is unique in its own way.

7. To our leaders and politicians, to gain loyalty, respect and popularity it must be earn. So work for it. Be wise, be "open" to criticism and take seriously to what the people are saying and want, listen to the people and take action on what need to be done. Being defensive does not work anymore.

8. Be mindful of people's power. You are where you are because of the people, so listen to them, care for them and work for them. 

9. Let us all join forces to make Malaysia a more stable, peaceful and proud country for us all.

10. I love my country, Malaysia! @29.12.2013


Thursday, 26 December 2013

PERIA (MOMORDICA CHARANTIA)


Assalamualikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,

1. PERIA atau nama saintifiknya Momordia Charantia adalah merupakan sayuran tropika yang banyak khasiat. Tetapi kerana rasanya yang pahit dan kurang ariff tentang cara memasaknya supaya dapat dikurangkan pahitnya, ramai yang memilih tidak memakannya.

2. Terdapat dua jenis peria (bitter gourd atau bitter melon) yang popular di negara Asia Tenggara (Malaysia, Indonesia, China, India, Pakistan dll). Yang panjang bewarna hijau muda juga dikenali sebagai peria China (popular di negeri China) dan satu lagi ialah peria katak yang lebih kecil bentuknya bewarna hijau pekat. Para pengkaji sains mendapati peria mengandungi prinsip hipoglikemik atau insulin.

3. Peria katak dikatakan lebih sesuai diambil bagi tujuan kesihatan kerana ia lebih pahit daripada peria yang panjang. Bagi mendapatkan khasiatnya dicadangkan peria katak yang masih hijau ini dibuat jus.

4. Cara penyediaan peria tidak kira peria panjang atuapun peria katak, ia hendaklah dibasuk bersih-bersih dahulu, di buang biji kemudian hiris kecil-kecil dan direndam dengan air garam selama 1/2 jam. Sebelum dibersihkan sekali lagi dan buang air rendaman garam tadi, ramas-ramas dahulu.

5. Sementara itu, peria yang panjang biasanya di buat buat sayur, sama ada direbus sahaja buat ulam ataupun dimasak buat sayur goreng ataupun di goreng begitu sahaja.

6. Secara saintifik, peria didapati mengandugi bahan yang berkhasiat kerana ia dapat mempengaruhi "glucose metabolism" diseluruh badan. Kesan dari pemakanan peria ini penting bagi rawatan sakit kencing manis tahap 1 dan tahap 11 dan membantu mengawal paras gula dalam darah tinggi selepas makan.@26.12.2013

Wednesday, 25 December 2013

DAUN KADUK (PIPER SARMENTOSUM)

Assalamualikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,

1. Daun Kaduk atau "wild pepper leave" dengan nama saintifiknya piper sarmentosum" mempunyai rupa bentuk yang seakan daun sirih.

2. Daun ini sangat popular di negeri Thai dan Vietnam yang digunakan sebagai satu hidangan ataupun dimasukan kedalam masakan.

3. Di Malaysia, walaupun orang zaman sekarang kurang mengenalinya tetapi ia masih dimakan kerana khasiatnya. Daun kaduk ini biasanya dimakan begitu sahaja seb sebagai ulam atau dibuat kerabu, atau dicelur dimakan bersama sambal dan juga boleh direbus untuk diminum airnya.

4. Daun kaduk yang mempunyai antioksiden yang tinggi dipercayai mempunyai khasiat untuk merawat berbagai penyakit termasuk demam malaria, batuk, selsema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang . @25.12.2013

HARI JADI - UCAPAN DENGAN DOA


Assalamualikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,

1. Setiap 26 Disember mengingatkan MokDah pada hari dilhirkan (Ahad)

2. Apakah ertinya hari lahir? Pada amnya hari lahir memberi erti yang mendalam kepada kehidupan. Kehidupan mempunyai putaran dan musim, umpama benis yang disemai kemudian membesar menjadi tumbuhan yang subur dan rendang mengikuti musim berbunga, berbuah dan luruh, hinggalah pada akhir hayatnya.

3. Setiap kehidupan mempunyai tujuan, tempoh dan waktunya. Keinginan untuk mengubah kehidupan demi untuk kebaikan di dunia dan akhirat akan terjawab jika kita mengenali siapa sebenarnya diri kita. 


4. Kita seharusnya memberikan perhatian kepada Hari Lahir kerana ia amat penting, disambing bergembira menyambutnya sewajarnya pada hari itu kita muhasabah diri dengan mengimbau kehidupan yang lepas-lepas. Apakah jalan yang akan kita ambil untuk meneruskan kehidupan?. Apakah arah tuju kehidupan kita di masa depan?

5. Hari lahir disambut dengan berbagai cara, tapi bagi MokDah yang sudahpun mencecah lebih setengah abad ni, tidak ada lain yang diinginkan melainkan doa rakan-rakan, sahabat handai dan keluarga sekalian,  semoga MokDah dirahmati Allah S.W.T. dan diampunkan segala dosa serta mendapat kebajikan di dunia dan akhirat. Amin.

6. Mengambil kesempatan pada hari lahir ini, MokDah juga memohon ampuan dan maaf daripada semua kenalan, sahabat handai dan keluarga sekalian sekiranya ada salah dan silap dan terkasar bahasa.  @25.12.2013