Tuesday, 7 January 2014

ANAK ADALAH AMANAH ALLAH S.W.T. - LINDUNGILAH MEREKA SEBAIK MUNGKIN

Assalamualikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,

1. Anak - adalah amanah Allah S.W.T. untuk kita jaga dan lindungilah mereka dengan sebaik mungkin. 

2. Setiap keluarga mahukan anak-anak membesar dengan sempurna agar menjadi manusia yang taat pada agama dan ibubapa serta berbakti pada bangsa, agama dan negara dalam apa juga bidang yang akan diceburinya nanti.

3. Bagaimana impian ini boleh tercapai sekiranya ia dibantu dari awal perjalanan hidupnya lagi. Begitu malang sekali apabila impian dan cita-cita ini tidak tercapai setelah ia diganggu gugat ketika anak-anak sedang dalam proses pembesara. Saban hari ada sahaja cerita sedih yang menyayat hati apabila anak-anak yang masih kecil telah menjadi "korban" kepada orang dewasa termasuk keluarga sendiri.

4. Hari ini sekali lagi MokDah terbaca kisah dua orang kanak-kanak, satu berusaia 14 tahun dan 6 tahun di tempat yang berlainan telah dicabul oleh bapa tiri. Soal bapa tiri mencabul  anak tiri ini sudah banyak kali kita baca kisahnya. Setiap kali MokDah terbaca kisah menyayat hati ini, kerap  kali hati tertanya-tanya apakah berbaloi bagi seorang wanita itu berkahwin lagi, lebih lagi yang mempunyai anak-anak perempuan yang masih kecil ataupun yang belum akhir baligh mahupun yang sunti (anak perempuan yang mula menunjukkan perubahan fizikal menjadi gadis).

5. Memang tidak disangkal jodoh pertemuan ditangan Tuhan. Ini bermakna, ibu-bu kenalah pantau suasana di dalam rumah, tidak salah rasanya kalau kita berhati-hati kerana nafsu syaitan akan sentiasa menggoda apabila kita lalai. Ambil tahu perihal anak-anak, kena luangkan masa bersama mereka dan jangan sekali-kali menolak aduan anak-anak, tidak salah kalau diselidik ibarat menarik rambut dari dalam tepung.

6. Kerana itu kita tidak boleh pandang ringan tentang tata cara hidup berkeluarga yang dituntut terutama yang mempunyai anak-anak perempuan, baik dari segi pergaulan, tempat tidur dan cara berpakaian.

7. Kepada kaum MokDah yang bergelar ibu, jagalah dan pantaulah anak-anak perempuan anda dengan sebaik mungkin, jangan kita gagal menunaikan amanah Allah.S.W.T. Disamping itu, perlu diingat wahai ibu, janganlah lupa pula tanggungjawab pada suami.  

8. Sementara itu kita sebagai ahli keluarga, masyarakat dan guru-guru juga mempunyai peranan untuk sama-sama membantu kerana anak-anak memerlukan "perlindungan" dari orang dewasa seperti kita semua. @07.01.2014









No comments:

Post a Comment