Tuesday 31 December 2013

IMBASAN 2013 DIAMBANG 2014


Assalamualikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,



1. Kini kita sudah berada di ambang 2014 dan dalam masa beberapa jam lagi kita akan meninggalkan tahun 2013. Yang tinggal hanyalah kenangan, baik yang pahit mahupun yang manis. 

2. Syukur kehadarat Allah S.W.T. kerana dipanjangkan umur kita sekalian sehingga ke tahun 2014. Marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah S.W.T. jadikan tahun ini tahun yang terbaik buat kita semua. Insya' allah.

3. Kebiasaannya kita akan mengimbas kembali sedikit sebanyak apakah yang telah kita lalui dan lakukan dalam tempoh 365 hari yang lalu, baik sebagai manusia mahupun umat Islam. Pahit manis, susah senang, jatuh bangun, berjaya dan kecundang, sedih dan gembira sudah menjadi lumrah hidup yang harus kita tempuhi dengan penuh redha.

4. Sudah seharusnya kita menginsafi dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T. atas segala dosa dan kesilapan yang lalu disamping mengucapkan kesyukuran di atas segala kebajikan yang telah kita nikmati. Ameen.

5. Alhamdulillah, tahun 2013 merupakan tahun yang lebih tenang bagi MokDah, tidaklah besar ataupun berat gelombang kehidupan yang ditempuhi. 

6. Disepanjang tahun, Allah S.W.T. telah mengurniakan kesihatan yang baik kepada MokDah sekeluarga termasuk cucu-cucu, kecuali pada bulan October lalu telah dimasukan ke hospital selama 6 hari kerana keracunan makanan. Selain daripada itu adalah sekali sekala demam, selesema dan batuk.

7. MokDah juga telah dikurniakan dengan keluarga yang sejahtera disamping suami, anak-anak, menantu, cucu dan adik beradik serta sanak saudara yang menyenangkan dan membahagiakan. Kenangan paling indah, ialah ketika MokDoh dapat menyambut hari raya bersama seluruh keluarga termasuk adik beradik dan anak saudara di sebuah perkampungan di Umbai, Melaka, negeri tanah tumpah darah ninda kami.

8. Dari segi pekerjaan, alhamdulilah MokDah telah dikurniakan pekerjaan yang amat menyenangkan berkhidmat dengan dua tokoh yang tinggi peribadinya di dalam syarikat nasional yang kukuh dan stabil. Disamping itu MokDah rasa amat bertuah kerana mempunyai rakan pasukan kerja (team mate) yang dedikasi, komited dan setia serta tinggi semangat setia kawannya. Mereka adalah bagaikan keluarga kedua MokDah. Terima Kasih dan MokDah sayang semuanya.

9. Masih banyak yang kurang dan perlu diperbaiki untuk menjadi insan dan umat yang soleh. Semoga kita semua akan terus diberkati Allah S.W.T. pada tahun baru ini -   dipanjangkan umur, sihat tubuh badan, murah rezeki dan sejahtera selalu. Insya' Allah. @ 31.12.2014










Sunday 29 December 2013

LOVE IS UNCONDITIONAL, SO DOES FOR THE COUNTRY


Assalamualikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,

1. Love is unconditional, so does love for the country. A country is like a mother, it is where we were born and breed and the country makes us the citizen. That is why we are here today, standing where we are now. 

2. I just couldn't understand, there are people who called themselves citizen of the country, but just could not love their own country resulting being disrespect and disloyal.

3. We may have differences among our "brothers and sisters", disagreement with the leaders and politicians  and the way the country are being run and administered. However this should not be the reason for us to loose faith and not loving the country , more so being disloyal or disrespect to the country. We knew the price we have to pay if the citizen of the country started to loose faith, do not care and love the country.

4. So far, we should be thankful to Allah S.W.T. for granting us a stable and peaceful country.

5. It is most vital for all citizens of the Malaysia to uphold the peace and stability of the country that we have been enjoying so far. Unhappiness and disagreement with the leaders and politicians  and the way the country is being run and administered,  should be address in a most democratic and amicable way. It is totally unacceptable should anyone one or group resort to anything that could jeopardise the stability and peace of the country and causing hardship to the people.

6. As an independent and democratic country, we the citizen has the right to voice our disagreement and criticise the leaders and authorities in a most responsible manner. However, the modus operendi should be the "Malaysian Way" not duplicating what others are doing in their country. Each country is unique in its own way.

7. To our leaders and politicians, to gain loyalty, respect and popularity it must be earn. So work for it. Be wise, be "open" to criticism and take seriously to what the people are saying and want, listen to the people and take action on what need to be done. Being defensive does not work anymore.

8. Be mindful of people's power. You are where you are because of the people, so listen to them, care for them and work for them. 

9. Let us all join forces to make Malaysia a more stable, peaceful and proud country for us all.

10. I love my country, Malaysia! @29.12.2013


Thursday 26 December 2013

PERIA (MOMORDICA CHARANTIA)


Assalamualikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,

1. PERIA atau nama saintifiknya Momordia Charantia adalah merupakan sayuran tropika yang banyak khasiat. Tetapi kerana rasanya yang pahit dan kurang ariff tentang cara memasaknya supaya dapat dikurangkan pahitnya, ramai yang memilih tidak memakannya.

2. Terdapat dua jenis peria (bitter gourd atau bitter melon) yang popular di negara Asia Tenggara (Malaysia, Indonesia, China, India, Pakistan dll). Yang panjang bewarna hijau muda juga dikenali sebagai peria China (popular di negeri China) dan satu lagi ialah peria katak yang lebih kecil bentuknya bewarna hijau pekat. Para pengkaji sains mendapati peria mengandungi prinsip hipoglikemik atau insulin.

3. Peria katak dikatakan lebih sesuai diambil bagi tujuan kesihatan kerana ia lebih pahit daripada peria yang panjang. Bagi mendapatkan khasiatnya dicadangkan peria katak yang masih hijau ini dibuat jus.

4. Cara penyediaan peria tidak kira peria panjang atuapun peria katak, ia hendaklah dibasuk bersih-bersih dahulu, di buang biji kemudian hiris kecil-kecil dan direndam dengan air garam selama 1/2 jam. Sebelum dibersihkan sekali lagi dan buang air rendaman garam tadi, ramas-ramas dahulu.

5. Sementara itu, peria yang panjang biasanya di buat buat sayur, sama ada direbus sahaja buat ulam ataupun dimasak buat sayur goreng ataupun di goreng begitu sahaja.

6. Secara saintifik, peria didapati mengandugi bahan yang berkhasiat kerana ia dapat mempengaruhi "glucose metabolism" diseluruh badan. Kesan dari pemakanan peria ini penting bagi rawatan sakit kencing manis tahap 1 dan tahap 11 dan membantu mengawal paras gula dalam darah tinggi selepas makan.@26.12.2013

Wednesday 25 December 2013

DAUN KADUK (PIPER SARMENTOSUM)

Assalamualikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,

1. Daun Kaduk atau "wild pepper leave" dengan nama saintifiknya piper sarmentosum" mempunyai rupa bentuk yang seakan daun sirih.

2. Daun ini sangat popular di negeri Thai dan Vietnam yang digunakan sebagai satu hidangan ataupun dimasukan kedalam masakan.

3. Di Malaysia, walaupun orang zaman sekarang kurang mengenalinya tetapi ia masih dimakan kerana khasiatnya. Daun kaduk ini biasanya dimakan begitu sahaja seb sebagai ulam atau dibuat kerabu, atau dicelur dimakan bersama sambal dan juga boleh direbus untuk diminum airnya.

4. Daun kaduk yang mempunyai antioksiden yang tinggi dipercayai mempunyai khasiat untuk merawat berbagai penyakit termasuk demam malaria, batuk, selsema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang . @25.12.2013

HARI JADI - UCAPAN DENGAN DOA


Assalamualikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,

1. Setiap 26 Disember mengingatkan MokDah pada hari dilhirkan (Ahad)

2. Apakah ertinya hari lahir? Pada amnya hari lahir memberi erti yang mendalam kepada kehidupan. Kehidupan mempunyai putaran dan musim, umpama benis yang disemai kemudian membesar menjadi tumbuhan yang subur dan rendang mengikuti musim berbunga, berbuah dan luruh, hinggalah pada akhir hayatnya.

3. Setiap kehidupan mempunyai tujuan, tempoh dan waktunya. Keinginan untuk mengubah kehidupan demi untuk kebaikan di dunia dan akhirat akan terjawab jika kita mengenali siapa sebenarnya diri kita. 


4. Kita seharusnya memberikan perhatian kepada Hari Lahir kerana ia amat penting, disambing bergembira menyambutnya sewajarnya pada hari itu kita muhasabah diri dengan mengimbau kehidupan yang lepas-lepas. Apakah jalan yang akan kita ambil untuk meneruskan kehidupan?. Apakah arah tuju kehidupan kita di masa depan?

5. Hari lahir disambut dengan berbagai cara, tapi bagi MokDah yang sudahpun mencecah lebih setengah abad ni, tidak ada lain yang diinginkan melainkan doa rakan-rakan, sahabat handai dan keluarga sekalian,  semoga MokDah dirahmati Allah S.W.T. dan diampunkan segala dosa serta mendapat kebajikan di dunia dan akhirat. Amin.

6. Mengambil kesempatan pada hari lahir ini, MokDah juga memohon ampuan dan maaf daripada semua kenalan, sahabat handai dan keluarga sekalian sekiranya ada salah dan silap dan terkasar bahasa.  @25.12.2013







Tuesday 24 December 2013

DAUN SELASIH (OCIMUM)

Assalamualikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,

1. Satu lagi tanaman herba MokDah ialah Daun selasih ataupun nama lainya kemangi, ruku-ruku dan basil, Nama saintifiknya ialah Ocimum dan ianya merupakan salah satu anaman herba yang mempunyai banyak khasiat disamping boleh pula digunakan untuk dalam pelbagai masakan.

2. Pokok daun selasih ada yang tumbuh liar dan ramai  juga yang menanamnya di kebun atau diperkarangan rumah.Daun ini dikatakan dapat membantu merawat penyakit kulit, kencing manis, sakit kepala,  meredakan demam dan merawat keradangan usus.Kita boleh pelbagaikan cara memakannya, yang paling mudah buat ulam atau buat kerabu mahupun dimasukan ke dalam masakan. 

3. Kalau anda buat telur dadar, racik daunnya dan campurkan bersama bawang beserta cili.Daun selasih ini juga boleh juga di buat macam teh, ambil beberapa helai daun, rendam dengan air panas dan tapis dibuat minum. @24.12.2013


DAUN SAMBUNG NYAWA (GYNURA PROCUMBENS)

Assalamualikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,

1. Sejak berpindah ke rumah baru, memandangkan ada halaman rumah yang lapang sikit, walaupun tidak ada tanah, terbitpula keinginan untuk mula menanam pokok-pokok herba, bunga-bunga tradisi dan tanaman yang boleh diguna untuk masakan.

2. MokDah mula dengan menanam pokok daun kari, serai, daun pandan dan limau kasturi. Kemudian diikuti dengan tanaman pokok-pokok bunga melur, melati, kenangan dan cempaka.

3. Kemudian MokDah meneruskan hobi baru ini dengan menanam tanaman herba bermula dengan pokok sambung nyawa, kaduk dan selasih kerana ianya juga boleh di makan kerana mempunyai banyak khasiat disamping boleh digunakan dalam masakan.

4. Pada zaman serba moden ini, ramai yang dah tak  kenal pada tanaman-tanaman herba yang banyak khasiatnya. Kerana itu MokDah nak berkongsi sikit khasiat dan faedah tanaman-tanaman herba yang mula subur di taman kecil ini.

5. Salah satu daripada tanaman yang ingin MokDah berkongsi kali ini ialah daun sambung nyawa. Dari namanya sudah cukup untuk mengambarkan betapa hebatnya daun ini.

6. Daun sambung nyawa juga dikenali dengan berbagai nama seperti daun dewa,  akar sebiak atau nama saintifinya Gynura procumbensi.Daun ini telah digunakan untuk mengubat berbagai penyakit, antara lain daun ini dipercayai dapat mengubat penyakit seperti membantu menurunkan tekanan darah, menurunkan kadar gula dalam darah, mengurangkan kolesterol  dan untuk mengubat sakit kulit, sakit buah pinggang dan sebagainya.

7. Cara memakannya, mudah aje, ambil 7 helai daun sehari untuk dibuat ulam. Sementara itu cara menanamnya juga mudah, boleh di tanam dalam pasu dengan tanah yang cukup dan pastikan disiram setiap hari kalau tidak hujan.

8. Sampai disini, nanti akan MokDah berkongsi lagi khasiat dan faedah tanaman herba yang lain seperti daun kaduk dan daun selasih. @24.12.2013