Wajah Kampung Bharu masa kini - 2019 |
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Kali ini MokDah ingin berkongs dilema sebagai seorang anak Kampung Bharu berikutan dengan cadangan kerajaan untuk membangunkan semula Kampung Bharu. Inilah satu-satunya kampung halaman yang MokDah ada, penuh dengan memori-memori indah dari kecil hinggalah dewasa.
Bangunan pencakir langit yang dirancang |
Kerajaan telah merancang untuk membangunkan semula Kampung Bharu sejajar dengan pembangunan yang berlaku di sekelilingnya. Projek ini telah menjadi bahan perbincangan hangat masa kini. Di antaranya ialah perihal pemilik/waris tanah-tanah lot di Kampung Bharu yang bakal menjadi jutawan berikutan dengan tawaran pembelian sebanyak RM6.2 juta bagi satu lot berukuran 8000 kaki persegi. Ya betul, kemunculan jutawan baru ini akan hanya terjadi kalau satu lot tanah itu dimiliki oleh enam orang waris atau kurang.
Bagaimanapun seperti yang diketahui umum pemilikan ke atas satu-satu lot tanah di Kampung Bharu kebanyakkannya dikongsi bersama oleh ramai waris. Kalau di congak, purata dari satu keluarga 9 beradik (generasi ayah) dan di darab dengan 6 orang anak (anak) sudah menjadi 54 orang. Ada juga pemilikan tanah yang sudah sampai kepada pewaris dari kalangan cucu.
Sebenarnya, perkembangan terkini ini membuat MokDah dan ramai lagi anak-anak Kampung Bharu yang lain, terutama mereka yang tinggal dan membesar di kampung ini, merasa semakin resah dan gelisah, suka ada, sedihpun ada.
Suka kerana kampung halaman kami akan dibangunkan menjadi kampung Melayu bandar yang paling moden. Buat masa sekarang, keadaan Kampung Bharu memang dah tak terurus, sesak dengan perniaga termasuk orang asing disamping rumah-rumah usang yang tidak dibaik pulih.
Rumah di Jalan Raja Uda, tempat MokDah membesar |
Sebenarnya, MokDah rasa lebih banyak sedih dari suka. Pada realitinya, apabila pembangunan ini terlaksana, tanah dan rumah dimana MokDah membesar, bukan sahaja akan lenyap, malah kami tidak lagi memiliki sebarang hak ke atas hartanah (walau satu unit kediamanpun) di kampung yang "baru" ini, sekiranya ianya dijual dengan harga yang ditawarkan sekarang.
Unit kediaman murah yang akan dibina |
Yang menjadi persoalannya, bagaimana kita dapat menjamin untuk mengekalkan hak anak-anak kampung Bharu dalam pemilikan hartanah apabila ia dibangunkan. MokDah tidak mempersoalkan hak pemilikan Melayu kerana kerajaan telah memberi jaminan yang Kampung Bharu akan kekal menjadi milik Melayu,.
Yang tidak jelas dan merisaukan, apakah mekanismanya untuk memastikan agar kami anak-anak Kampung Bharu tidak "kehilangan kampung", khasnya bagi mereka tidak mampu untuk membeli walaupun satu unit kediaman termurah beharga RM300.000.
Yang tidak jelas dan merisaukan, apakah mekanismanya untuk memastikan agar kami anak-anak Kampung Bharu tidak "kehilangan kampung", khasnya bagi mereka tidak mampu untuk membeli walaupun satu unit kediaman termurah beharga RM300.000.
Dilemanya, jika kerajaan kekalkan tawarannya, apakah kami mampu untuk membeli walaupun satu unit kediaman yang beharga RM300,000 demi untuk mengekalkan pemilikan ke atas hartanah dan kampung halaman.
Pelan Pembangunan Kampung Bharu |
Dengan ini tidak tepatlah kalau dihebohkan seolah orang Kampung Bharu bakal menjadi jutawan jika terima tawaran kerajaan sekarang, mungkin sebilangan iya kerana pewaris kurang dari enam orang.
Rumah itga tingkat yang disewakan |
Perlu diingat bukan semua anak-anak Kampung Bharu dan waris-warisnya terdiri daripada orang senang dan ramai juga yang sudah bersara. Dengan jumlah yang kurang dari suku juta itu, bagaimana kami mampu untuk membeli satu unit kediaman beharga RM300,000. Untuk berhutang dengan Bank bagi menampung pembelian rumah tersebut pun kami kurang upaya kerana bukan sahaja tidak sanggup menanggung bebanan hutan, malah ramai yang sudah bersara dan tidak mempunyai pendapatan tetap.
Apakah maknanya ini? Akhirnya anak-anak Kampung Bharu akan kehilangan hak pemilikan ke atas hartanah di Kampung Bharu. Tanah pusaka warisan nenek moyang mereka akan lenyap dan tiada lagi kampung halaman buat mereka. Kami sedar hartanah Kampung Bharu akan menjadi milik ramai orang Melayu, tetapi bagaimana dengan anak-sanak Kampung Bharu sendiri?
Untuk itu ada berbagai cara boleh dilakukan kerajaan seperti: 1) menaikkan harga GDV dan disamping menambah jumlah unit komersial dan kondominum mewah, 2) membina unit kediaman murah yang beharga lebih rendah daripada RM300,000 khusus untuk pemilik/waris, 3) memajak tanah dari tuna-tuan tanah bagi tempoh yang tertentu dengan terma-terma "menang-menang".
Dalam keadaan sekarang, pemilik dan pewaris meraih pendapatan bulanan hasil dari rumah sewa (ramai yang ada rumah sewa), walaupun pulangannya tidaklah seberapa tetapi cukuplah untuk membantu meneruskan kehidupan.
Kawsan lapang dan Taman Warisan |
Seperti keluarga MokDah, setiap empat bulan, pendapatan dari sewa rumah dibahagikan kepada waris, walaupun pulangan tidak banyak, tetapi Alhamdulillah syukur dapat juga kami menikmati hasil titik peluh nenek moyang.
Mokdah bukan mempersoalkan berapa yang kami dapat selepas pembahagian hasil daripada jualan tanah nanti, tetapi kami lebih bimbangkan bagaimana untuk mengekalkan hak pemilikan kami ke atas hartanah yang dibangunkan dan sekali gus memastikan yang Kampung Bharu kekal sebagai kampung halaman kami.
Sebenarnya MokDah dan ramai pewaris lebih banyak bimbang dan takut "menang sorak, kampung tergadai". Memanglah apabila Kampung Bharu menjadi moden dan maju sudah pasti ianya menjadi kebanggaan ramai dan ramai orang Melayu ingin tinggal disini. Tapi alangkah sedihnya jika kami, anak-anak asal kampung ini tidak lagi mempunyai apa-apa hak pemilikan. Yang tinggal hanya atas nama dan kenangan, sedangkan kampung halaman telah "tergadai". Tidak berkampunglah kami untuk pulang seperti orang lain.
Kampung Bharu di masa depan |
Tanah-tanah ini adalah hasil titik peluh nenek moyang kami yang telah bersusah payah menerokanya pada akhir tahun 1890an untuk dijadikan kampung halaman. Disinilah nenek moyang, ibu bapa, Mokdah dan generasi berikutnya tinggal yang penuh nostalgia.
Kampung Bharu pada tahun 1900 |
Sebenarnya, jika Kerajaan ingin menawarkan harga yang lebih tinggi (seperti RM1000 ke RM1500 kaki persegi) Kerajaan boleh aje menaikkan GDV (Nilai Pembangunan Kasar), dari RM31 bilion kepada RM35 hingga RM40 billion). Ini bermakna kerajaan perlu mengubah sedikit pelan pembanguan dengan menambah jumlah unit komersial dan kondominium.
Sementara itu, MokDah nampak terdapat satu kebaikan daripada perancangan kerajaan ini, yang menawarkan unit kediaman ini kepada pewaris.
Melalui pemilikan unit secara individu ini, kami akan dapat mengecilkan bilangan pewaris keatas satu hartanah. Itulah harapan kami, dengan tawaran yang berpatutan, sekurang-kurangnya satu keluarga akan dapat memiliki 1 unit kediaman yang mampu dimiliki.
Harap-harap kerajaan akan dapat memberi pertimbangan yang serius ke atas perkara yang dibangkitkan, terutama dari segi bagaimana nak memastikan pemilik asal tanah di Kampung Bharu akan dapat kekal menjadi pemilik hartanah di Kampung Bharu, Bandar yang moden ini nanti. Berpijaklah pada realiti, kepentingan, kemampuan dan juga keadaan pewaris tanah-tanah ini harus menjadi prioriti. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment