Sunday 16 November 2014

#menu MokDah: HEALTHY DRINK TO KEEP YOU GOING

the healthy drink to gain back your health
Assalamualaikaum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Today everyone is concious of their health and will do anything to make sure they stay fit and healthy.

One thing that I learn from my elders, there is a simple way to keep our health in good shape is to drink at least cup a day the home made healthy drink.

The drink is so simple and easy to make. It is made of plain water mixed with ginger grated/blended with slices of lemon or lime slices or juice, cucumber and few mint leaves, keep  it for overnight and drink it the next day.
ginger plant 

Below are what the health experts are saying about the ingredients and its benefit to our health:

Ginger: The spicy root helps cleanse out your system, aids in digestion, and settles your stomach. A little goes a long way, so start with a few thin slices or grate a tiny piece into your water and taste before adding more as necessary

Lemon: Lemon water makes for a powerful detox drink; lemon juice helps to cleanse and alkalize the body. Add one thinly sliced lemon to a large pitcher, or squeeze fresh lemon juice into your glass.

Mint: Mint adds a touch of sweetness without the sugar to your water, and it also helps settle your stomach and aids in digestion as well.
mint or peppermint plant


Cucumber: Cucumber water isn't just for spas. Adding a few slices of cucumber to your water makes for excellent rehydration, and cucumber contains anti-infalmmatory properties,  as well.

The ingredients are easy to get either from your own garden or the supermarket. The preparation is so simple and quick. This is part of the reason why MokDah started planting herbal plants including ginger, lime and mint in my small garden so that I can get the supply fresh and when ever I needed it.

Why Wait? Start today, prepare your healthy drink and drink it from tomorrow. @17.11.2014



Monday 10 November 2014

#menuMokDah: AMALAN PEMAKANAN NENEK MOYANG SEJAK ZAMAN AZALI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Buah Asam Gelugur yang banyak terdapat di negeri Pulau Pinang
Bagi orang barat dan juga generasi masa kini yang mementingkan kesehatan dan mengambil berat tentang pemakanan, apa yang dikatakan penemuan baru tentang faedah dan khasiat daripada berbagai jenis tanaman dan herba agak menakjubkan mereka.

Sebenarnya, sebahagian daripada tanaman dan herba itu bukanlah perkara baru bagi orang-orang di rantau Asia dan orang Melayu. Ianya sudah menjadi pemakanan dan bahan yang digunakan dalam masakan oleh nenek moyang kita sejak zaman azali lagi.

Asam Keping dari buah Asam Gelugur yang dikeringkan di
gunakan dalam berbagai masakan 
Diantara tanaman tersebut yang sedang hangat diperkatakan dan dipasarkan di Amerika dalam bentuk pil adalah buah asam gelugur atau nama saintifiknya Garcinia 
Atroviridis.

Pemasaran pil ini mempromosikan asam gelugur sebagai bahan utamanya yang dikatakan mengandungi khasiat besar untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan.

Bagi orang Malaysia terutama orang Melayu dan juga baba nyonya, kalau tidak ada asam keping (asam gelugor yang telah dikeirngkan) tidak lengkapkan masakan seperti laksa, asam pedas, masak lemak dan sebagainya,

Ulam Raja yang menjadi salah satu ulam utama orang Melayu
MokDah telah mendapat petua yang diturunkan oleh nenek moyang untuk mengamalkan meminum air rendaman asam keping (direndam semalam dulu) kalau nak jaga bentuk badan. Air rendaman asam keping ini juga boleh diminum untuk mengurangkan sakit kepala dan buat penawar penyakit darah tinggi.

Tapi sayang, petua ini tidak pula MokDah ikut dan amalkan Hanya sekarang baru nak cuba-cuba amalkan.

Sementara itu, satu lagi tanaman yang turut diberi perhatian masa ini adalah daun ulam raja atau nama saintifiknya Cosmos Caudatus.

Bagi orang Melayu mereka sudah lama tahu yang ulam raja baik untuk menjaga kesihatan kerana mengandungi bahan penting untuk memelihara awet muda, mengawal perjalanan darah, menguatkan tulang dan menyegarkan bau nafas.

Terkini, satu penemuan mengatakan daun ulam raja jika di makan begitu sahaja boleh merawat barah dan membunuh 98% sel cancer . Daun ulam raja yang mengandungi kompaun antioxidant dan mineraljuga sedang giat dikaji untuk memastikan sejauh mana ia dapat merawat penyakit "Osteoporosis" atau penyakit tulang. 
Daun Pengaga

Apa pun, teorinya Alhamdulillah, Allahyarham nenek Mokdah yang meninggal pada usia lebih 90 tahun, di sepanjang hayatnya tidak pernah sakit teruk sampai masuk hospital. Kalau adapun pening-pening atau demam, itupun tidak ke doktor, dia buat ramuan ubat sendiri menggunakan herba-herba yang tedapat di dapur ataupun disekeliling rumah.

Kita juga sering bertanya, kenapa pada zaman sekarang penyakit-penyakit seperti barah, darah tinggi dan serangan jantung begitu kerap terjadi, tidak kira tua ataupun muda.

MokDah masih ingat lagi, semasa di kampung, kebiasaannya yang meninggal orang tua-tua kerana sakit tua. Yang meninggal kerana penyak-penyakit seperti serangan jantung, barah dan sebagainya agak jarang kedengaran. Mungkin juga pada masa itu, ada orang kata hospital jauh dan orang kampung tidak berapa suka ke hospital, kerana itu kita tidak tau apakah sebenar yang menyebabkan kematian.

Bunga Kantan mempunyai rasa dan aroma yang unik
Walaupun demikian, Mokdah dapat melihat kebaikkan dan faedah dari amalan pemakanan ulam-ulaman ini daripada Allahyarham nenek MokDah.  Walaupun ada sayur sayuran yang dimasaknya seperti sayur pisang, jantung pisang, nangka, keladi dan cendawan,  tetapi hidangan ulam ulaman dari berbagai seperti ulam raja, daun pengaga, pudina, daun tenggek burung, daun gajus,  selain daripada petai, jering dan kerdasnya tetap menjadi makanan istimewanya.

Kalau tak makan mentah, berbagai lagi jenis tanaman, herba dan daun seperti daun kaduk, pengaga, pucuk putat, daun sambung nyawa, tawas akan dibuat kerabu.

Sementara itu, masakannya tidak akan lengkap kalau tidak juga dicampur dengan bahan-bahan seperti asam gelugur, daun kesum, daun limau perut, halia, serai, kunyit, bunga katan, daun limau purut, daun salam dan sebagainya, bergantung kepada apa masakannya.

Jadi apa lagi? Ada baiknya kita berbalik kepada asas, makan banyak ulam-ulaman seperti amalan nenek moyang kita dahulu kerana banyak faedah dan khasiatnya yang boleh kita perolehi. Dengan cara ini kurang sikit perbelanjaan untuk membeli berbagai supplement untuk menja kesihatan dan ketrampilan diri.  @11.11.204



Sunday 9 November 2014

#menuMokDah - URAP KELAPA WARISAN KELUARGA DARI MELAKA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Urap Kelapa Warisan Keluarga dari Melaka
Urap Kelapa merupakan satu hidangan sampingan yang mesti disediakan untuk dimakan dengan ketupat nasi, sambal udang dan rendang daging.

Tak ramai orang tahu tentang hidangan sampingan ini kerana MokDah dan keluarga hanya belajar menyediakannya daripada Allahyarham nenek yang berasasl dari Bandar Kaba, Melaka.

MoDah tak pasti, apakah ini hidangan orang Melaka lama kerana generasi baru dari negeri Hang Tuah ini juga ramai yang tidak tahu mengenai Urap Kelapa dan fungsinya, jauh lagi untuk menyediakannya.

Yang pasti seluruh keluarga MokDah yang mengenali Allahyarham nenek Sabariah Mat memang tahu dan sering dapat merasa Urap Kelapanya apabila ada hidangan ketupan beserta sambal tumiis udang dan rendang daging. Hidangan ini bagaikan appetiser yang menambahkan kelazatan hidangan ketupan.

Resepinya:

Kelapa muda di parut dan gaul dengan sedikit garam
Udang kering direndam dan tumbuk halus
Bawang merah dihiris
Daun limau perut dan daun kunyit di hiris bagai bunga rampai

Gaulkan kesemua bahan tersebut dan goreng tanpa minyak dengan api yang perlahan.

Apabila sudah hampir kuning, angkat dan hidangkan dengan juadah ketupat. @10.11.2014