Thursday, 26 December 2013

PERIA (MOMORDICA CHARANTIA)


Assalamualikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,

1. PERIA atau nama saintifiknya Momordia Charantia adalah merupakan sayuran tropika yang banyak khasiat. Tetapi kerana rasanya yang pahit dan kurang ariff tentang cara memasaknya supaya dapat dikurangkan pahitnya, ramai yang memilih tidak memakannya.

2. Terdapat dua jenis peria (bitter gourd atau bitter melon) yang popular di negara Asia Tenggara (Malaysia, Indonesia, China, India, Pakistan dll). Yang panjang bewarna hijau muda juga dikenali sebagai peria China (popular di negeri China) dan satu lagi ialah peria katak yang lebih kecil bentuknya bewarna hijau pekat. Para pengkaji sains mendapati peria mengandungi prinsip hipoglikemik atau insulin.

3. Peria katak dikatakan lebih sesuai diambil bagi tujuan kesihatan kerana ia lebih pahit daripada peria yang panjang. Bagi mendapatkan khasiatnya dicadangkan peria katak yang masih hijau ini dibuat jus.

4. Cara penyediaan peria tidak kira peria panjang atuapun peria katak, ia hendaklah dibasuk bersih-bersih dahulu, di buang biji kemudian hiris kecil-kecil dan direndam dengan air garam selama 1/2 jam. Sebelum dibersihkan sekali lagi dan buang air rendaman garam tadi, ramas-ramas dahulu.

5. Sementara itu, peria yang panjang biasanya di buat buat sayur, sama ada direbus sahaja buat ulam ataupun dimasak buat sayur goreng ataupun di goreng begitu sahaja.

6. Secara saintifik, peria didapati mengandugi bahan yang berkhasiat kerana ia dapat mempengaruhi "glucose metabolism" diseluruh badan. Kesan dari pemakanan peria ini penting bagi rawatan sakit kencing manis tahap 1 dan tahap 11 dan membantu mengawal paras gula dalam darah tinggi selepas makan.@26.12.2013

No comments:

Post a Comment