1. Sejak berpindah ke rumah baru, memandangkan ada halaman rumah yang lapang sikit, walaupun tidak ada tanah, terbitpula keinginan untuk mula menanam pokok-pokok herba, bunga-bunga tradisi dan tanaman yang boleh diguna untuk masakan.
2. MokDah mula dengan menanam pokok daun kari, serai, daun pandan dan limau kasturi. Kemudian diikuti dengan tanaman pokok-pokok bunga melur, melati, kenangan dan cempaka.
3. Kemudian MokDah meneruskan hobi baru ini dengan menanam tanaman herba bermula dengan pokok sambung nyawa, kaduk dan selasih kerana ianya juga boleh di makan kerana mempunyai banyak khasiat disamping boleh digunakan dalam masakan.
4. Pada zaman serba moden ini, ramai yang dah tak kenal pada tanaman-tanaman herba yang banyak khasiatnya. Kerana itu MokDah nak berkongsi sikit khasiat dan faedah tanaman-tanaman herba yang mula subur di taman kecil ini.
5. Salah satu daripada tanaman yang ingin MokDah berkongsi kali ini ialah daun sambung nyawa. Dari namanya sudah cukup untuk mengambarkan betapa hebatnya daun ini.
6. Daun sambung nyawa juga dikenali dengan berbagai nama seperti daun dewa, akar sebiak atau nama saintifinya Gynura procumbensi.Daun ini telah digunakan untuk mengubat berbagai penyakit, antara lain daun ini dipercayai dapat mengubat penyakit seperti membantu menurunkan tekanan darah, menurunkan kadar gula dalam darah, mengurangkan kolesterol dan untuk mengubat sakit kulit, sakit buah pinggang dan sebagainya.
7. Cara memakannya, mudah aje, ambil 7 helai daun sehari untuk dibuat ulam. Sementara itu cara menanamnya juga mudah, boleh di tanam dalam pasu dengan tanah yang cukup dan pastikan disiram setiap hari kalau tidak hujan.
8. Sampai disini, nanti akan MokDah berkongsi lagi khasiat dan faedah tanaman herba yang lain seperti daun kaduk dan daun selasih. @24.12.2013
8. Sampai disini, nanti akan MokDah berkongsi lagi khasiat dan faedah tanaman herba yang lain seperti daun kaduk dan daun selasih. @24.12.2013
No comments:
Post a Comment