Friday, 27 September 2019

DILEMA SEORANG ANAK KAMPUNG BHARU

Wajah Kampung Bharu masa kini - 2019

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,



Kali ini MokDah ingin berkongs dilema sebagai seorang anak Kampung Bharu berikutan dengan cadangan kerajaan untuk membangunkan semula Kampung Bharu. Inilah satu-satunya kampung halaman yang MokDah ada,  penuh dengan memori-memori indah dari kecil hinggalah dewasa.
Bangunan pencakir langit yang dirancang


Kerajaan telah merancang untuk membangunkan semula Kampung Bharu sejajar dengan pembangunan yang berlaku di sekelilingnya. Projek ini telah menjadi bahan perbincangan hangat masa kini.  Di antaranya ialah perihal pemilik/waris tanah-tanah lot di Kampung Bharu yang bakal menjadi jutawan berikutan dengan tawaran pembelian sebanyak RM6.2 juta bagi satu lot berukuran 8000 kaki persegi. Ya betul, kemunculan jutawan baru ini akan hanya terjadi kalau satu lot tanah itu dimiliki oleh enam orang waris atau kurang. 

Bagaimanapun seperti yang diketahui umum pemilikan ke atas satu-satu lot tanah di Kampung Bharu kebanyakkannya dikongsi bersama oleh ramai waris.  Kalau di congak, purata dari satu keluarga 9 beradik (generasi ayah) dan di darab dengan 6 orang anak (anak)  sudah menjadi 54 orang. Ada juga pemilikan tanah yang sudah sampai kepada  pewaris dari kalangan cucu. 

Sebenarnya, perkembangan terkini ini membuat MokDah dan ramai lagi anak-anak Kampung Bharu yang lain, terutama mereka yang tinggal dan membesar di kampung ini,  merasa semakin resah dan gelisah, suka ada, sedihpun ada.

Suka kerana kampung halaman kami akan dibangunkan menjadi kampung Melayu bandar yang paling moden. Buat masa sekarang, keadaan Kampung Bharu memang dah tak terurus, sesak dengan perniaga termasuk orang asing disamping rumah-rumah usang yang tidak dibaik pulih.

Rumah di Jalan Raja Uda, tempat MokDah membesar
Sebenarnya, MokDah rasa lebih banyak sedih dari suka. Pada realitinya, apabila pembangunan ini terlaksana,  tanah dan rumah dimana MokDah membesar,  bukan sahaja akan lenyap,  malah kami tidak lagi memiliki sebarang hak ke atas hartanah (walau satu unit kediamanpun) di kampung yang "baru" ini, sekiranya ianya dijual dengan harga yang ditawarkan sekarang.

Unit kediaman murah yang akan dibina
Yang menjadi persoalannya,  bagaimana kita dapat  menjamin untuk mengekalkan  hak anak-anak kampung Bharu dalam pemilikan hartanah apabila ia dibangunkan.  MokDah tidak mempersoalkan hak pemilikan Melayu kerana kerajaan telah memberi jaminan yang Kampung Bharu akan kekal menjadi milik Melayu,. 

Yang tidak jelas dan merisaukan,  apakah mekanismanya untuk memastikan agar  kami anak-anak Kampung Bharu tidak "kehilangan kampung", khasnya bagi mereka tidak mampu untuk membeli walaupun satu unit kediaman termurah beharga RM300.000.

MokDah dan ramai ana-anak Kampung Bharu merasakan tawaran RM850 satu kaki persegi itu tidak wajar kerana ia tidak berdasarkan kepad penilaian bebas yang mengikut pasaran. Sebaliknya Kerajaan menetapkan harga berpandukan kepada GDV (Nilai Pembangunan Kasar) yang dianggarkan oleh agensi kerajaan sendiri. 

Dilemanya, jika kerajaan kekalkan tawarannya, apakah kami mampu untuk membeli walaupun satu unit kediaman yang beharga RM300,000 demi untuk mengekalkan pemilikan ke atas hartanah dan kampung halaman.  


Pelan Pembangunan Kampung Bharu

Rata-rata setiap tanah lot di Kampung Bharu mempunyai ramai pewaris, seperti keluarga Mok Dah terdapat seramai 54 orang . Dengan  harga RM6.2 juta bagi satu lot, jika didarab dengan  54 orang, ini bermakna setiap seorang akan mendapat dalam lingkungan RM115,000, Ini bermakna tipis peluang kami untuk turut memiliki hartanah di kampung kami ini nanti.

Dengan ini tidak tepatlah kalau dihebohkan seolah orang Kampung Bharu  bakal menjadi jutawan jika terima tawaran kerajaan sekarang, mungkin sebilangan iya kerana pewaris kurang dari enam orang.
Rumah itga tingkat yang disewakan


Perlu diingat bukan semua anak-anak Kampung Bharu dan waris-warisnya terdiri daripada orang senang  dan ramai juga yang sudah bersara. Dengan jumlah yang kurang dari suku juta itu, bagaimana kami mampu untuk membeli satu unit kediaman beharga RM300,000. Untuk berhutang dengan Bank bagi menampung pembelian rumah tersebut pun kami kurang upaya kerana bukan sahaja tidak sanggup menanggung bebanan hutan, malah ramai  yang sudah bersara dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

Apakah maknanya ini? Akhirnya anak-anak Kampung Bharu akan kehilangan hak pemilikan ke atas hartanah di Kampung Bharu. Tanah pusaka warisan nenek moyang mereka akan lenyap dan tiada lagi kampung halaman buat mereka. Kami sedar hartanah Kampung Bharu akan menjadi milik ramai orang Melayu, tetapi bagaimana dengan anak-sanak Kampung Bharu sendiri?

Untuk itu ada berbagai cara boleh dilakukan kerajaan seperti:  1) menaikkan harga GDV dan disamping menambah jumlah unit komersial dan kondominum mewah, 2) membina unit kediaman murah yang beharga lebih rendah daripada RM300,000 khusus untuk pemilik/waris, 3) memajak tanah dari tuna-tuan tanah bagi tempoh yang tertentu dengan terma-terma "menang-menang". 

Dalam keadaan sekarang, pemilik dan pewaris meraih pendapatan bulanan hasil dari rumah sewa (ramai yang ada rumah sewa), walaupun pulangannya tidaklah seberapa tetapi cukuplah untuk membantu meneruskan kehidupan.
Kawsan lapang dan Taman Warisan

Seperti keluarga MokDah, setiap empat bulan, pendapatan dari sewa rumah dibahagikan kepada waris, walaupun pulangan tidak banyak, tetapi Alhamdulillah syukur dapat juga kami menikmati hasil titik peluh nenek moyang. 

Mokdah bukan mempersoalkan berapa yang kami dapat selepas pembahagian hasil daripada jualan tanah nanti, tetapi kami lebih bimbangkan bagaimana untuk mengekalkan hak pemilikan kami ke atas hartanah yang dibangunkan dan sekali gus memastikan yang Kampung Bharu kekal sebagai  kampung halaman kami. 

Sebenarnya MokDah dan ramai pewaris lebih banyak bimbang dan takut "menang sorak, kampung tergadai". Memanglah apabila Kampung Bharu menjadi moden dan maju sudah pasti ianya menjadi kebanggaan ramai dan ramai orang Melayu ingin tinggal disini. Tapi alangkah sedihnya jika kami,  anak-anak asal kampung ini tidak lagi mempunyai apa-apa hak pemilikan.  Yang tinggal hanya atas nama dan kenangan, sedangkan kampung halaman telah "tergadai". Tidak berkampunglah kami untuk pulang seperti orang lain. 

Kampung Bharu di masa depan
Mokdah dan juga ramai lagi anak Kampung Bharu tidak mahu tinggal dengan hanya kenangan dan memori indah. Kami mahu agar generasi kami yang akan datang, bukan  hanya setakat berbangga dengan kampung halaman nenek moyang mereka, malah turut menjadi  pemilik  hartanah di kampung yang dibanggakan oleh ramai.

Tanah-tanah ini adalah hasil titik peluh nenek moyang kami yang telah bersusah payah menerokanya pada akhir tahun 1890an untuk dijadikan kampung halaman. Disinilah nenek moyang, ibu bapa, Mokdah dan generasi berikutnya tinggal  yang penuh nostalgia.
Kampung Bharu pada tahun 1900


Hakikatnya, MokDah dan ramai waris-waris tidak sanggup untuk menjual tanah nenek moyang kami dan melepaskan hak pemilikan kepada orang lain. Bagaimanapun jika ada jaminan bahawa kami akan dapat memiliki hartanah dalam bentuk unit kediaman sebagai ganjaran, kami boleh terima tawaran kerajaan ini.

Sebenarnya, jika Kerajaan ingin menawarkan harga yang lebih tinggi (seperti RM1000 ke RM1500 kaki persegi)  Kerajaan boleh aje menaikkan GDV (Nilai Pembangunan Kasar), dari RM31 bilion kepada RM35 hingga RM40 billion). Ini bermakna kerajaan perlu mengubah sedikit pelan pembanguan dengan menambah jumlah unit komersial dan  kondominium.

Sementara itu, MokDah nampak terdapat satu kebaikan daripada perancangan kerajaan ini, yang menawarkan unit kediaman  ini kepada pewaris.

Melalui pemilikan unit secara individu ini,  kami akan dapat mengecilkan bilangan pewaris keatas satu hartanah.  Itulah harapan kami, dengan tawaran yang berpatutan, sekurang-kurangnya satu keluarga akan dapat memiliki 1 unit kediaman yang mampu dimiliki.

Harap-harap kerajaan akan dapat memberi pertimbangan yang serius ke atas perkara yang dibangkitkan, terutama dari segi bagaimana nak memastikan pemilik asal tanah di Kampung Bharu akan dapat kekal menjadi pemilik hartanah di Kampung Bharu, Bandar yang moden ini nanti. Berpijaklah pada realiti,  kepentingan, kemampuan dan juga keadaan pewaris tanah-tanah ini harus menjadi prioriti. InsyaAllah.


Kampung Bharu "syorga" makanan akan dikekalkan






Friday, 6 September 2019

SERENE ENVIRONMENT NEVER FAIL TO ATTRACT

My grand nephew enjoying the scenery
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Choosing the right place for a quiet family holiday or to run away from the hustle bustle of city life is not an easy thing.  There are so many considerations to take into account, first is the place, whether it fits into the family preferences - will you and your family get to enjoy the holiday, what about the accommodation and the facilities, than the costs, as well the safety of your family. 

To Mokdah coming from Kampung Bharu, Kuala Lumpur who never had a real "kampung" (village) to go back to, would always consider for a venue that provide a quiet and serene environment close to going back to basic like a village.

Would you consider nature and going back to basic? A quiet kampung atmosphere, staying in wooden house, shaded by lots of trees around with padi fields, hills, orchards, lake,  stream or river.    
One of the wooden chalet - Kedah Malay House

Recently Mokdah and my siblings, nephew,  nieces and grand nephew had the opportunity to stay for 2 days and one night at the Keriang Hill Resort, 10 km from Alor Setar Kedah. It is really an experience for city dwellers like us to experience the stay at this unique and interesting resort. Thank You to Alnajwa Productions for sponsoring our family retreat. 

Keriang Hill Resort is at the foor of Gunung Keriang, near Kedah Paddy Muzium. Gunung Keriang is a 230 million year old lump of mainly

limestone rock which is said to be in the shape of
and elephant and reaches a height of 218 meters.


The younger generations love to cycle around
While we are at the resort, how do we fill our time? There are lots of things for you to do like cycling around the resort,  the younger generations would like to go for a swim in the swimming pool, hill climbing or brisk walking. For me I choose sipping coffee at the Putri Restaurant the coffee house by the lake, watching the black swan and catching up with my reading.

If you are brave enough you can befriend with the monkeys or perhaps feed them with bread or banana, they love them and always waiting at the nearby trees.


Relaxing by the lake at the Putri Restaurant open area
Though the resort provide village atmosphere wooden house, lots of green and fresh air, it also provide modern facilities in the chalet that city dwellers would appreciate. Each house is equip with queen size bed for family members,   air conditions, well design bathroom with hot water,  TV with good programs and a seating area  with
comfortable settee in the house and some chairs at
the balcony.

This resort is a conducive area should one want to organise a family or company retreat, events such as wedding reception. The resort provide the facilities to accommodate such requirements with many open space and also a marque tent.

Outside the resort you  can visit the scenic  paddy field with the Keriang Hill as the back ground,  Kedah Paddy Museum, and Complex Tun Dr Mahathir's birth house where he grew up  at  Lorong Kilang Ais, Jalan Pegawai, Alor Setar.
Family photo with Gunung Keriang at the back

Then the meals, you can have your meals at the coffee house or arrange a special barbeque. As a variety we can go out to places like Kuala Perlis to taste the seafood, or if you like laksa you can try the Zakaria Laksa Teluk Kucai. For lunch and dinner you may choose any of the food outlet and restaurants in Alor Setar (about 45 minutes drive) to your liking.  Among the top ten restaurants are The Asiatic Thai Cuisine. One of it's signature dish is the deep fried fish  serve with miang kham.


At night we can spend time with the family to sit around the Dataran Menara Alor Setar while the children can play around the area. For those who like shopping they can go across the Dataran to the Aman Central Mall, with lots of shops and food outlet. #mokdahtravellog

A popular photo spot

A spectacular view of paddy filed and the hill



Asiatic Thai Cuisine serve deep fried fish swith miang kham





Saturday, 20 July 2019

MAJLIS SILATULRAHIM - BUKAN SEKADAR MERISIK KHABAR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Kali ini  MokDah nak berkongsi mengenai Majlis Silatulrahim yang dianjurkan oleh waris Haji Mohd Salleh Bin Abdul Hamid atau HMS (datuk Mokdah sebelah ayah) dan pengisiannya. Majlis ini dianjurkan dengan matlamat bukan sekadar mengeratkan silatulrahim sahaja tetapi untuk memberikan manfaat yang berkesan kepada generasi muda dikalangan waris HMS.


                                       14.07.2019 -Majlis Silatulrahim HMS Ke 4 telah dimeriahkan oleh seramai 400                                         waris HMS yang turut disertai oleh sanak saudara dari jauh dan dekat
Majlis Silathulrahim HMS Ke 4 ini telah diadakan pada 14 Julai 2019, yang dihadiri seramai 400 orang waris HMS dari generasi ketiga hingga kelima yang datang dari 7 keluarga serta saudara mara terdekat dan jauh dengan HMS dan Hajjah Sabariah. Majlis yang diadakan di Dewan Dato' Othman Harun, Kem Wardieburn Setapak, Kuala Lumpur ini meninggalkan aura yang postif.   MokDah dan juga saudara mara yang hadir sama-sama dapat merasakan aura kemesraan kekeluargaan yang "berbunga-bunga" dan semerbak kasih sayang.

Mengekal dan menyemarakkan silatulrahim d iantara waris dan juga saudara mara jauh dan dekat, sudah seharusnya dipupuk agar sentiasa segar, harmoni dan erat. Waris Haji Mohd Saleh (HMS) yang merupakan keluarga terbesar di Kampung Bharu (satu-satunya kampung Melayu yang terletak di tengah-tengah kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur) telah mengambil inisiataif untuk meneruskan tradisi mengadakan " Majlis Silatulrahim" agar tidak terbantut atau terputus tali persaudaraan kekeluargaan di kalangan waris yang semakin hari semakin besar..

Di zaman ini, majlis pertemuan dimana kaum keluarga dan sanak saudara berkumpul sekurang-kurangnya setahun sekali di dikenali sebagai Majlis Silatulrahim atau "Reunion". Tetapi bagi HMS (datuk kami) dan Hajjah Sabariah (nenek) yang amat sayangkan keluarga dan saudara maranya, mereka tidak akan tunggu setahun sekali untuk bertemu dengan mereka. Di sepanjang tahun berbagai cara dilakukan untuk membolehkan mereka dan kaum keluarga serta saudara mara mendekati antara satu sama lain.
.
Mengambil iktibar daripada amalan datuk nenek kami inilah, Jawatankuasa Penganjur Majlis Silatulrahim HMS Ke 4 telah menyusun atur acara dengan teliti agar pengisian majlis ini menjadi lebih bermakna dan dapat dimanfaatkan oleh generasi muda waris HMS. Jawatankuasa Penganjur Majlis dianggota oleh waris dari generasi 4 mewakili 7 keluarga (Zainab, Mariam, Amnah, Ismail, Kalthum, Fatimah, Idris dan Yahya) dan dipimpin oleh Datuk Zunaidah Idris dengan penasihatnya  Sdr Zaukilfi Mohd Khamis (generasi 3).

Aturcaranya agak berbeza dari kebiasaan, bukan sekadar hanya jamuan makan, hiburan dan merisik khabar saudara mara yang datang. 

Keluarga Idris (MokDah), salah satu daripada 9 keluarga HMS dan Hajjah Sabariah
dengan tema pakaian "oriental".


Bertemakan tradisional Malaysia Majlis Silatulrahim HMS Ke 4 ini telah megimbau salah silah dan susur galur HMS yang  berketurunan Bugis dari Sulewasi, Cina, Arab dan Melayu. Penceritaannya mengenai HMS dan keturunannya dibuat dalam satu video ringkas yang padat lengkap dengan maklumat. Dalam masa yang sama, setiap keluarga turut  menyediakan video yang memperkenalkan ibubapa mereka serta anak-anak dan cucu masing-masing.   

Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Bagi generasi muda, dengan cara ini mereka bukan sahaja akan merasa lebih dekat dengan waris-waris yang begitu ramai malah ianya juga boleh dijadikan inspirasi.



generasi ke 4 HMS


Bagi waris HMS, Majlis Silatulrahim yang diadakan setiap lima tahun ini merupakan satu  amalan tradisi yang di warisi dari HMS dan isterinya Hajjah Sabariah (nenek), walaupun caranya berbeza. 

Di zaman dulu,  HMS dan Hajjah Sabariah sering mengadakan berbagai "majlis" dan "aktiviti" dengan berbagai cara, yang pasti ia melibatkan anak-anak dan cucu-cucu, saudara mara dan juga sahabat handai. Matlamatnya adalah untuk sentiasa dekat dengan "kaum keluarga", yang susah dibantu, yang sakit di ziarahi, yang jauh didekatkan dan yang dekat dieratkan.

Diantara aktiivitinya adalah:

1) Majlis Kenduri di petang Hari Raya Haji - semua anak-anak, cucu-cucu dan sanak saudara terutama yang terdekat perlu hadir;

2) Anak-anak dan cucu-cucu terutama yang duduk jauh perlu balik pada musim perayaan seperti Hari Raya, cuti umum yang panjang dan cuti sekolah;
3) Anak-anak dan cucu-cucu dan saudara-saudara terdekat akan memastikan mereka berkunjung ke rumah "ibu" di no 20 Jalan Raja Uda pada hari raya pertama , ada yang seawal pagi dan bagi yang jauh rumah "ibu" ini  "dibuka" selama seminggu;
4) Disepanjang tahun, HMS dan Hajjah Salbiah sentiasa melapangkan masa untuk berkunjung ke rumah anak-anak serta  sanak saudara jauh dan dekat, termasuklah jika ada majlis kenduri dan pada di musim cuti sekolah.
5) HMS dan Hajjah Sabariah tidak pernah tertinggal untuk menziarah sanak saudara yang sakit, lebih-lebih lagi bila ada kematian dan jika majlis kenduri.
6) Bila-bila masa anak-anak dan cucu-cucu serta saudara mara dipersilakan berkunjung ke rumah "ibu" dan tidak perlu tunggu ada majlis ataupun dijemput. Dapur nenek Hajjah Salbiah yang pakar masak memasak tidak pernah kering, ada sahaja juadah istimewa yang disedia untuk mereka yang datang berkunjung.
7) Kenduri tahlil, mengaji dan makan-makan sering diadakan dan ianya terbuka kepada semua ahli keluarga dan sanak saudara serta jiran tetangga.



                                                         Majlis Perkahwinan yang mengumpulkan sanak saudara, satu amalan                                                       HMS dan Hajjah Sabariah  untuk mengekalkan silarulatahim

Majlis Silatulrahim


Majlis Silatulrahim pada asasnya adalah untuk mengeratkan, memanjangkan dan menyemarakkan hubungan kekeluargaan.

Lebih daripada itu, sebagai saudara kita harus mengambil tahu kebajikan saudara mara kita, yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita eratkan, dan yang sakit kita ziarah sementarayang susah kita bantu di mana yang mampu dan boleh.


Kumpulan Waris HMS begitu ramai dan sebagai satu kemuniti yang besar ia mempunyai kekuatan serta banyak kelebihan yang boleh dimanfaatkan oleh generasi muda. Kumpulan Waris HMS ini kaya dengan berbagai "talent" dan orang-orang yang berjaya dalam berbagai bidang kerjaya termasuklah yang menjadi CEO, COO, Peguam, Doktor, Akauntan, Peguam, Jurutera, Banker. Pakar IT dan berbagai lagi.


generasi ke 3 dan ke 4 bekerjasama menjayakan Majlis Silatulrahim HMS Ke 4


Dengan kekuatan dan "kekayaan talent"  yang pelabagai ini, waris-waris khasnya generasi muda mereka boleh mengujudkan rangkaian kerja (networking) yang kukuh dan saling lengkap melengkapi.  Dengan ini generasi muda boleh dengan mudah mendapatkan sokongan dan bantuan daripada saudara mara dalam berbagai bidang disamping mendapatkan khidmat nasihat  dan  sokongan baik dalam membina kerjaya,  mahupun perniagaan dan juga kehidupan.

Dalam masa yang sama, bila kita memerlukan bantuan dan bimbingan, kita boleh bergantung kepada saudara mara dalam kumpulan warisan kita.


Ahli Jawatankuasa Penyelaras Warisan HMS

Begitulah pentingnya agar kita sentiasa memelihara hubungan kekeluargaan sesama kita. Jagalah dan sayangilah kaum keluarga, waris dan saudara mara kita. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim (hubungan kekeluargaan)” [Hadis riwayat Muslim].

Tuesday, 18 December 2018

ZAM DALAM KENANGAN - Catatan Sepanjang Persahabatan


Assalamuaalaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tanggal 14.12.2018, Zainuddin Maidin atau lebih dikenali dengan panggilan ZAM, telah kembali menemui penciptanya. 

Allahyarham ZAM tidak perlu diperkenalkan lagi kerana beliau merupakan icon kewartawanan Melayu dan kemudian apabila bersara menjadi blogger (http://zamkata.blogspot.com)  terkenal di Malaysia dengan tulisannya yang tajam,

Pemergiannya meninggalkan berbagai kenangan bagi ramai orang, khasnya rakan-rakan bekas wartawan yang pernah bekerja dengannya di bawah satu bumbung di Utusan Melayu,  termasuklah MokDah yang mula mengenalinya ketika melangkah kaki ke dunia kewartawanan pada tahun 1968.  

Beliau adalah di antara senior (yang lain termasuk Pak Samad Ismail, Pak Harun Hassan, Pak Osman Abadi dan Jiro atau Salim) yang telah mendidik dan membimbing MokDah dari seorang pemberita muda yang tidak tahu menahu tentang kewartawanan hinggalah meningkat menjadi pemberita kanan, penyunting, penolong pengarang (Mingguan Malaysia) dan pengarang (Pengarang Majalah Wanita).


Ku iringi doa semoga Allah swt mencucuri roh
ZAM dan ditempatkan dikalangan orang solihin

Lebih terasa kehilangannya adalah teman-teman dan rakan-rakan dalam kumpulan whatsapp Buletin Suara Keramat (BSK) yang sering berhubung antara satu sama lain  hampir setiap hari, bertukar pengalaman dan cerita, menyingkap kisah yang lalu, berkongsi kisah suka duka, sakit pening dan berbagai aktiviti serta perkembangan semasa masing-masing.

BSK telah diilhamkan oleh Tan Sri Johan Jaafar (TSJJ) dengan sokongan penuh dari ZAM yang turut menjadi ahli yang aktif. Ahli BSK esklusif untuk bekas warga Jabatan Pengarang terdiri daripada pengarang, pemberita/wartawan,  penyunting, jurugambar dan lain-lain kakitangan sokongan yang telah pencen dan mereka yang tidak lagi berkhidmat dengan Utusan Melayu. Agak lama juga kami bekas warga Jabatan Pengarang terpisah tetapi kembali bertaut setelah TSJJ "menjemput" kami semua untuk menyertai BSK. 


Sebahagian daripada warga BSK dan 
bekas kakitangan Jabatan Pengarang
 yang hadir di upacara pengkebumian

Suara Keramat merupakan ungkapan daripada ZAM yang merupakan penulis lirik lagu Utusan Suara Keramat yang dihasilkannya bersama komposer terkenal Ahmad Nawab (komposer melodinya)  bersempena ulangtahun Utusan Melayu yang ke 50 tahun. Walaupun ZAM sudah pergi tetapi lagu Utusan Suara Keramat terus berkumandang sebagai pembakar semangat kepada semua warga Utusan Melayu sehingga hari ini.

Banyak yang telah ditulis  oleh sahabat dan kenalannya termasuk para wartawan yang menjadi anak didiknya. MokDah adalah salah seorang bekas wartawan yang telah mendapat didikkan  Allahyarham ZAM. Beliaulah yang bertanggungjawab mencorakkan kerjaya ramai wartawan di Utusan Melayu berdasarkan kepada kecintaan dan komitmennya yang mendalam dalam kerjaya kewartawanan.

Anda boleh baca tulisan-tulisan ini, diantaranya yang disiarkan di the STAR: Zam, the King and I oleh Rozaid Abdul Rahman (16 Dec 2018); Zam - an unrepentant crusader oleh Tan Sri Johan Jaafar (17 dec 2018) ; Zam was one formidable journalist oleh Hussain Abu Bakar (18.12.2018) dan tulisan Datuk Ahmad Talib, bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST bertajuk FAREWELL ZAINUDDIN MAIDIN, THE ORIGINAL AWANG SELAMAT di NST pada 16.12.18.


Kini BSK telah kehilangan seorang lagi kawan mengikuti rakan-rakan yang telah pergi terdahulu,  diantaranya Allahyarham Raja Ahmad Niza, Munir Ghazali, Ahmad Idris, Bahaya Mahmood, Omar Manan, Wahi dan beberapa orang lagi yang MokDah tak ingat namanya.
ZAM (tengah) dari seorang boss menjadi kawan
setelah bersara bersama kawan-kawan BSK

ZAM merupakan satu nama besar bukan sahaja dikalangan orang Utusan Melayu dan dunia kewartaanan Melayu khususnya, malah dikalangan ahli politik dan juga media sosial. Beliau memang dikenali lantang menyuarakan pendapatnya dan tajam tulisannya sejak dari zaman dia menulis pojok atas nama Awang Selamat hinggalah kepada blog zamkata.

Kali pertama saya mengenal ZAM wataknya nampak garang, tegas dan "no nonsense man". Beliau tidak akan kompromi dalam usaha untuk mendapatkan berita, setiap pemberitanya mesti berusaha dan sentiasa "alert" untuk mencium bau berita. Selain daripada itu setiap pemberita mesti "knowledgable" tentang isu semasa termasuklah dari perihal ekonomi dan politik negara.

Setiap pagi sebaik duduk di mejanya yang berhadapan dengan deretan pemberita beliau akan bertanya apa tajuk berita akhbar-akhbar lain pada hari itu dan apa pula berita yang kami akan "pursue" untuk hari itu. Sebelum keluar membuat assignment, beliau mahu setiap pemberita/wartawan membuat "research" dulu untuk mendapatkan maklumat latarbelakang dan butiran supaya kita lebih faham tentang sesuatu isu yang akan diperkatakan.   Pemberita/Wartawan juga digalakkan berbincang mengenai soalan-soalan penting  dan makumat yang harus di cari jawapan dan akhir sekali mesti bawa balik berita, Tidak ada istilah tidak ada "story", kita dididik supaya bijak "mencium" berita, yang mungkin wartawan lain tidak dapat. 

Sebahagian daripada anak-anak didik ZAM 
Memang diluarannya ZAM kelihatan  berpewatakan garang, tegas dan "no nonsense man". Mereka yang rapat dengannya tahu, diluar lingkungan tekanan bilik berita, sebenarnya ZAM adalah seorang yang boleh menjadi kawan baik. Beliau juga seorang yang "caring" dan penyayang.  Sebenarnya dalam hati ada taman, cintanya kepada isterinya Kak Ton begitu mendalam dan sayangnya kepada anak-anak dan cucu-cucunya bukan kepalang. Bagi sahabat yang akrab denganya tahu beliau adalah sahabat yang setia dan akan turut bersama atas nama kawan bila-bila ada kesempatan baik masa susah  mahupun senang.

MokDah menceburkan diri dalam dunia kewartawanan dalam usia remaja dan banyak cabaran yang harus dilalui. ZAM adalah diantara orang yang banyak membantu, membimbing dan memberi nasihat baik dalam membina kerjaya kewartawanan dan juga dalam menghadapi cabaran kehidupan di luar. Banyak nasihat yang diberikan kepada MokDah supaya bijak menjaga diri kerana dunia kewartawanan ni banyak cabarannya kerana kami bertemu dan berinteraksi dengan ramai orang yang berbagai pangkat, darjat dan ragam.

Semasa MokDah bersantai di Zam Cafe yang
dihiasi  dengan gambar-gambar kenangan
di Jabatan Pengarang
Beliau banyak memberi peluang kepada wartawan wanita untuk sama-sama membuktikan kebolehan dan keupayaan untuk menjadi wartawan yang baik dalam berbagai bidang, termasuk ekonomi, politik, sukan, berita mahkamah dan jenayah,  tidaklah hanya berita hal ehwal wanita dan keluarga sahaja. 

Di luar bilik berita, ZAM dan isterinya Kak Ton  (Datin Zaiton Zainal Abidin) bagaikan keluarga bagi MokDah.  Ketika itu Zam dan keluarga tinggal di rumah sewa di Kampung Bharu, kampung halaman MokDah. MokDah juga sering  tumpang kereta ZAM terutama untuk balik dari pejabat bila dia balik cepat.

Hubungan kerja MokDah dengan Zam tidak hanya terhad kepada bidang kewartawanan malah menjangkau di luar Jabatan Pengarang. Semasa MokDah memegang jawatan Pegawai Perhubungan Awam Utusan Melayu kami banyak bekerjasama dalam berbagai projek dan event yang melibatkan Utusan Melayu.

Diantaranya MokDah menjadi setiausaha sambutan Ulangtahun Utusan Ke 50 dengan ZAM selaku Pengerusinya, Diantara yang dipertanggungjawabkan kepada Jawatankuasa adalah penerbitan buku Ulangtahun Utusan Ke 50 yang hingga kini menjadi rujukan.

Satu projek besar yang telah di jayakan dibawah kepimpinan ZAM adalah Kejohanan Sepaktakraw MAS-UTUSAN yang dianjurkan  julung-julung kali pada tahun 1985. Kejohanan yang bertaraf antarabangsa itu dianjurkan bersama dengan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Persatuan Sepaktakraw Malaysia dan Perbadanan Stadium Negara selama 3 tahun berturut-turut.  ZAM dan Encik Jaafar Manaf dari MAS menjadi Pengerusi Bersama Kejohanan manakala Mokdah menjadi Setiausahanya.

Persahabatan MokDah dengan ZAM terputus sementara apabila kami mencari jalan sendiri. 

Pada awal tahun 1990an MokDah memasuki dunia Korporat. Tidak lama selepas itu ZAM pula meninggalkan Utusan dan kemudian dilantik menjadi Timbalan Menteri Penerangan dan seterusnya sebagai Menteri Penerangan. 

Kemudian persahabatan kami disambung semula apabila ZAM menghubungi MokDah untuk mendapatkan beberapa maklumat untuk pengisian buku yang sedang ditulis.

Apabila kami bersara, kami sekali lagi menyambung silatulrahim yang telah terputus dalam satu kumpulan whatsapp BSK yang wujudkan pada awal tahun 2016 oleh Tan Sri Johan Jaafar  yang juga pernah menjadi Ketua Pengarang Utusan Melayu yang mengambil alih jawatan tersebut daripada ZAM.


Dari kanan, Raja Amad Niza, Tan Sri Johan Jaafar,
Tan Sri Khalid Yunus dan Tan Sri Zainuddin Maidin
 di pertemuan pertama BSK pada 20 Februari 2016
bertempat di Zam Newsroom Cafe
Sejak BSK bernafas, silatulrahim kami menjadi segar dan semakin ramai pula sahabat-sahabat lama yang pernah bertugas bersama di Jabatan Pengarang Utusan Melayu turut serta dalam kumpulan whatsapp ini. Sudah  hampir 3 tahun kami (seramai lebih 100 orang ahli)  merisik khabar dan berinteraksi melalaui whatsapp BSK serta berkongsi suka duka serta ziarah menziarah yang sakit dan tidak lupa meraikan hari lahir, menghadiri majlis kenduri atau perkahwinan anak-anak dan juga 'beriyadah" bersama ikut kelapangan serta keselesaan masing-masing.

Selepas bersara, ZAM telah membuka sebuah cafe yang diberi nama Zam Newsroom Cafe bertempata di Putrajaya. "Ambiance" cafe jelas mengambarkan kecintaannya terhadap dunia kewartawanan yang dihiasi dengan gambar suasana meja wartawan di Utusan Melayu suatu masa dulu, mesin taip yang merupaka peralatan wartawan yang utama untuk menggarap berita, hiasan meja berupa gambar keratan akhbar dan bilik pengurus di tulis Ketua Pengarang pada pintunya.

Disini jugalah ramai rakan wartawan dan kenalan-kenalan politiknya datang untuk bertemu dan minum-minum.  Selain daripada itu, kumpulan whatsapp BSK lah menjadi laman kami bersantai.

Beberapa hari sebelum beliau jatuh pengsan, ZAM ada menulis di whatsapp BSK menyatakan hatinya terasa sunyi dan sayu. Secara sepontan berbagai reaksi dipostkan oleh kawan-kawan yang sama-sama "merasakan" kesunyiannya. 

Kemudian pada 13 November  kami dimaklumkan melalui BSK yang ZAM pengsan di rumah dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Putrajaya akibat masaalah paru-paru.

Setelah melalui rawatan rapi di ICU Hospital Putrajaya dan kemudian dipindahkan ke ICU Hospital Serdang,  pada 14 Disember 2018 kami mendapat berita sedih ZAM telah menghembuskan nafasnya yang terakhir untuk menemui penciptnya.

Inalillahi wainna illaihi rojiun, sesungguhnya kita semua adalah milik Allah dan kita semua akan kembali kepada Allah, Tabah dan tetap beriman adalah yang lebih baik.

ends.


Saturday, 10 November 2018

TERIMALAH AKU SEADANYA


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah syukur dengan izinNya dapat kita "berjumpa lagi" melalui blog MokDah ini.   

Agak dah lama juga MokDah tak "update" blog ini  sejak bersara kerana sibuk melayan karenah cucu-cucu.

Kali ini MokDah rasa terpanggil untuk turut membincangkan perihal anak-anak istimewa yang mengidap autism, yang kini telah mula mendapat perhatian masyarakat Malaysia, walapun belum cukup meluas. Memang itulah yang diharapkan agar masyarakat Malaysia perihatin terhadap anak-anak autism, yang memerlukan sokongan dengan cara memahami keadaan sebenar mereka.

Jangan hanya tengok dari wajahnya, kadang-kadang diluaran nampak biasa sahaja, tetapi sebenarnya mereka adalah pengidap autism.  Anak-anak autism mempunyai perilaku (tabiat/kelakuan) yang berbeza dan mereka ada masaalah berkomunikasi, berinteraksi dengan orang lain dan begitu juga dengan cara mereka belajar. Inilah yang menyebabkan mereka tidak dapat menjalani kehidupan normal.

Kisah seorang pemuda autism Ahmad Ziqri 22 tahun yang telah ditahan, digari dan bermalam dilokap pada 12 September,  yang juga pada hari ulangtahunnya, untuk membantu siasatan kes cabul, telah mendapat komen orang ramai yang kesal dengan kejadian tersebut. Sedih dan sungguh malang apabila anak muda yang tidak faham apa yang berlaku telah diperlakukan demikian. Pengidap autism tidak berupaya untuk memahami fikiran dan perasaan orang lain.

Adli dan Luqman juga aktif meningkatkan kesedaran
masyarakat terhadap kepentingan anak-anak autism
Kemudian kisah seorang ayah, Adli Yahya yang banyak berkorban hingga berjaya membuka "Autism Cafe Project Malaysia" demi untuk Luqman, anaknya yang autism. Projek ini bukan sahaja telah membantu meningkatkan kesedaran orang ramai, juga telah membuka ruang kepada anak-anak istimewa. Adli juga turut berkongsi pengalaman dengan masyarakat khususnya melalui "speaking engagement" anjuran syarikat-syarikat korporat, ahli-ahli NGOs, penuntut dan ahli keluarga anak-anak autism.

Sementara itu kisah susah senang pelakun Zarina Zainuddin membesarkan dua orang anak lelaki kembarnya juga telah membuka minda masyarakat terhadap kepentingan anak-anak austim dan juga pengorbanan serta kepayahan keluarga dalam mengasuhnya.

Samada ada kita sedar ataupun tidak, Persatuan Kebangsaan Autisma Malaysia (NASOM) ada menyebut setiap 150 orang kanak-kanak di dunia seorang adalah autism dan sebilangan besar adalah anak-anak lelaki. Di Malaysia dikhabarkan mempunyai seramai 47,000 orang kanak-kanak autism.

Yang menjadi tanda tanya dalam minda MokDah, adakah bilangan anak-anak autism ini turut merangkumi anak-anak di kampung, kawasan pendalaman dan yang dari keluarga miskin termasuk yang tinggal di bandar. Adakah mereka telah berpeluang untuk mengikuti program intervensi yang merupakan rawatan penting bagi anak autism.

Mokdah turut merasa bimbang memikirkan nasib dan masa depan anak-anak autism ini jika tidak mendapat rawatan.  Bagaimana mereka hendak menghadapi dunia di luar sana? Apakah akan terjadi kepada mereka apabila dewasa nanti,  apabila sudah tidak ada keluarga yang melindungi.

Apakah kerajaan tidak terfikir hendak menubuhkan sebuah pusat latihan kemahiran atau "play school" yang menawarkan program intervensi untuk anak-anak autism disetiap daerah, seperti taska/tadika? Apakah akan diujudkan satu  dua kelas khas  untuk anak-anak istimewa ini menuntut ilmu bersama-sama anak-anak lain di sekolah-sekolah arus perdana?

Uzayr, ambil masa nak biasakan
 diri dengan pasir sungai
Kerana inilah juga MokDah nak berkongsi pengalaman sendiri tinggal bersama dan mengasuh cucu yang autisma. Pada pertengahan tahun ini (2018) doktor pakar kanak-kanak telah mengesahkan yang cucu MokDah , Uzayr yang berusia 3 1/2 tahu,  autism.

Sejujurnya setiap keluarga, baik ibubapa mahupun ninda sentiasa mengharapkan anak-anak/cucu-cucu mereka sempurna,  jauh dari sebarang kekurangan dan dapat membesar dengan sihat seperti kanak-kanak lain. Kita boleh merancang, tapi Allah swt juga yang menentukannya.

Bagi MokDah dan ibubapa Uzayr (Eena dan Najib) kami redha di atas ketentuan Allah swt.  Syukur Alhamdulilah kerana kami telah dianugerahan dengan Uzayr, anak kedua daripada 3 beradik dan cucu lelaki pertama/keempat daripada 7 orang cucu.

Sebenarnya sebelum mendapatkan pemeriksaan doktor pakar,  kami telah banyak membaca dan membuat penyelidikan mengenai autism sejak awal lagi apabila Uzayr memperlihatkan tanda-tanda perilaku (tabiat/tingkah laku) autism.

Banyak maklumat telah kami perolehi mengenai autism di laman sesawang. Kami juga berhubung dengan berbagai organisasi bukan kerajaan termasuk NASOM di sekitar  Lembah Klang untuk mengetahui mengenai "rawatan" dan program intervensi anak-anak autism.

Biasanya kita boleh mengesan tanda-tanda autism melalui perilaku (tabiat/kelakuan) anak-anak seawal umur diantara 2 hingga 3 tahun.

Perkara penting yang perlu diperhatikan :

1) kebolehan anak untuk melibatkan diri dalam interaksi sosial terjejas (lebih suka bersendirian, tidak bermain dengan kanak-kanak lain);
2) komunikasi (lisan) yang terjejas dan tidak respon apabila namanya dipanggil (masih belum boleh bercakap seperti kanak-kanak yang sebaya dengannya, macam tak dengar bila dipanggil, tidak suka menentang mata);
3) tingkah laku yang ketara/ kepatuhan yang luar biasa kepada sesuatu rutin (berulang-ulang) dan obses terhadap objek yang berputar (seperti tayar kereta mainannya, kipas yang berpusing dll).

main macam biasa je dengan
kakak (Abby) 
Bagi kami sekeluarga, kami terima Uzayr seadanya, tidak ada bezanya dengan kakak (Abby) dan adiknya (Nur Aryana). Bagi Abby, dia bermain dan layan adiknya macam biasa sahaja. Pada mata kasar, Uzayr macam kanak-kanak yang lain, aktif dan ceria tetapi lebih sensitif. Dia tidak suka mendekati dan dibelai oleh orang yang tidak dikenalinya. Beliau tidak sabar dan cepat "naik angin". Ini disebabkan rasa tertekan (stress) kerana tidak dapat menzahirkan apa yang tersirat dan tersurat dalam dirinya.  Dia tahu apa yang dia hendak tetapi menghadapi kesukaran/tidak dapat meluahkan/menyatakannya (inilah masalah autsim). Kerana itu keluarga atau sesiapa yang mengasuhnya kena banyak sabar dan memahaminya kesukaran atau kepayahannya.

Sungguhpun ahli keluarga bukan pakar atau ahli terapi,  tetapi kita masih boleh belajar bagaimana nak memahami perilaku (tabiat/tingkah laku) serta kehendak anak autism melalui pemerhatian dan interaksi dengannya setiap hari. Kita juga boleh membantunya bercakap dan memahami perkataan yang disebut.  Kita perlu banyak bercakap dengannya, mengajarnya memahami sesuatu perkataan melalui gerak kerja secara berulang-ulang, bermain dengan permainan yang mencabar minda seperti "block lego", membaca buku bergambar mengenai binatang, warna, bentuk, kenderaan, makanan, abjad, karekter seperti polis, doktor, bomba dan lain-lain. Galakkan dia bergaul dengan kanak-kanak lain ditempat-tempat dimana terdapat ramai anak-anak bermain.

Anak-anak autism juga mempunyai masaalah deria rasa, dan ini merupakan satu cabaran untuk kita menanganinya khususnya dari segi pemakanannya (terlalu memilih) dan masaalah tekstur (tidak suka pada pakaian yang diperbuat dari tekstur tertentu dan benda-benda yang lembik, berpasir dan berlendir).

Mengasuh anak-anak autism perlu sedikit pengorbanan dan kebiasaannya ibulah yang bertindak sebagai "superwomen". Beliau perlu memberi tumpuan yang lebih sedikit kepada anak autism disamping memberi perhatian yang seimbang pada anak-anak yang lain,

Dalam masa yang sama, anak autisma perlukan "rawatan" dengan mengikuti program intervensi yang dikendalikan profesional khasnya selain daripada doktor pakar dan juga Terapi Carakerja (Occupational Theraphy - OT) dan Terapi Pertuturan (Speech Theraphy-ST). Program intervensi merupakan latihan kemahiran carakerja dan pertuturan yang terancang di "play school",  tidak sama dengan taska/tadika.

Di Lembah Klang sahaja terdapat organisasi-organisasi persendirian dan organisasi bukan kerajaan (NGO) yang mengendalikan sekolah latihan kemahiran atau "play school" khusus untuk anak-anak autisma. Kebanyakkan organisasi ini mengenakan yuran yang agak tinggi juga kerana mereka menyediakan guru-guru profesional dan terlatih,

Secara saintifiknya, autism dirujuk sebagai "Autism Spectrum Disorder" atau ASD yang merupakan ketidakupayaan perkembangan saraf yang menjejaskan fungsi otak,  tetapi tidak dikategorikan sebagai penyakit. Autism adalah satu kondisi yang berkaitan dengan gangguan perkembangan otak - dimana berlakunya kecelaruan (disorder) di dalam otak yang mengganggu tumbuhan tumbesaran. Kecelaruan ini menyebabkan seseorang itu bermasaalah untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain (sosial interaction).

Gangguan spektrum autism bererti kecelaruan yang berlaku dalam otak anak-anak adalah berbeza diantara satu anak dengan dengan anak yang lain kerana ia begitu luas. Cabaran dan keupayaan anak-anak autism ini juga berbeza dan berbagai diantara satu dengan yang lain. Keupayaan dan kebolehan mereka berfikir dan menyelesaikan masaalah boleh jadi luar biasa dan berbeza-beza. Kerana itu ada pengidap autism yang dapat berdikari untuk menjalani kehidupan harian dan ada pula yang memerlukan bantuan.

Autism boleh dirawat melalui kaedah intervensi, tetapi kecelaruan (disorder) yang berlaku dalam otak tidak boleh sembuh.  Anak-anak  autism perlu dipersiapkan untuk mereka menghadapi cabaran dunia luar dan dapat berdikari apabila dewasa nanti.

Alhamdulillah syukur, usaha kami untuk memberi bantuan dan bimbingan yang terbaik buat Uzayr tidak pernah pudar. Kesannya sehari demi sehari Uzayr ada menunjukkan perkembangan, dia mula berkomunikasi sikit-sikit walaupun progresnya lambat. Sungguhpun "vocabolary"nya  pendek-pendek tetapi dia faham apa yang disebut, umpamanya menyebut namanya sendiri,  memanggil mummy,  sebut bye-bye bila nak jalan,  sebut buka apabila suruh buka penutup botol atau tin biskut dan menyebut lari bila tak mahu mandi. Bagi kami, ini adalah satu petunjuk dan perkembangan yang memberangksangkan buat dirinya dan juga kami sekeluarga. Dari segi pemakanan kami masih lagi menghadapi kesukaran untuk "membuka seleranya" kerana dia hanya makan makanan tertentu (nasi dengan sup ayam atau ikan atau tauhu. Dia suka juga makan biskut, roti, french fries, nudget, kek dan ice cream) dan yang dia biasa sahaja. Sementara buah-buahan hanya pisang dan apple sahaja yang dia makan.

Dalam hal ini, MokDah sekeluarga sentiasa positif dan konfiden dengan berkat usaha dan izin Allah swt, semoga Uzayr akan dapat melalui cabaran ini dengan sebaiknya dan besar menjadi anak yang berjaya dan cemerlang di dunia dan akhirat.

Satoshi Tajiri, pereka cipta
"game" Nintendo Pokemon
Motivasinya, sejarah telah membuktikan ramai anak-anak autism diserata dunia telah berjaya mencipta nama dalam berbagai bidang walaupun bilangannya begitu kecil dalam anggaran 10% daripada jumlah keseluruhan anak autism. Diantara mereka adalah Hans Chritstian Andrsen dari Denmark, pengarang/novelis buku-buku cerita-cerita dongeng seperti The Ugly Duckling dan filem Frozen telah diadaptasi daripada buku ceritanya The Snow Queen); Tim Burton, Pengarah Filem Amerika yang telah menghasil banyak filem antaranya  Batman, Beetlejuice, Alice ad Wonderland; Henry Cavendish, Saintis yang telah menempukan dengan Hydrogen; Albert Einstein,  Saintis dan pakar Fisik berbangsa Jerman dengan IQ 160 point;   Michelangelo, pengarca, pelukis dan arkitek dari Itali, Wolfgang Amadeus Mozart, komposer musik dari Austria dan Satoshi Tajiri berbangsa Jepun yang mereka cipta "game" Nintendo Pokemon.

Bill Gates, ahli perniagaan Amerika dan pengasas Microsoft dan Steve Job, ahli perniagaan Amerika dan  pengasas bersama dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Apple walaupun tidak disahkan tetapi dikatakan mempunyai tanda-tanda autism semasa kecil.

Memandangkan kesedaran terhadap rawatan autism di Malaysia masih baru lagi, baru-baru ini beberapa orang anak autism telah dikhabarkan mencatat sejarah apabila memperolehi keputusan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM dengan cemerlang.

Pelajar-pelajar itu ialah Muhammad Fikri Sabri dari Sekolah Kebangsaan Seri Biram mendapat 5A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Mohad Daniel Zainuddin pelajar Sekolah Menengah Agama Sheikh Abdul Malik mendapat 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan  Nabil Lutfi, pelajar SMK Abdul Rahman Taib mendapat 9Adalam SPM
    
Disamping berusaha memberi rawatan dan bimbingan, MokDah dan keluarga tidak pernah putus berdoa semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan rawatan Uzayr, Semoga dia dipermudahkan untuk bertutur, berkomunikasi, berinteraksi dan dapat menerima pelajaran dan ilmu dengan dengan mudah,  disamping dapat mengatasi masaalah-masaalah yang lainnya. Harapan kami agar Uzayr akan dapat berdikari dan mengurus dirinya sendiri apabila dewasa nanti.

Sesungguhnya tidak ada yang mudah kecuali yang Allah swt menjadikannya mudah, dan Dialah yang menjadikan yang susah itu mudah. Aamiin.

Kepada masyarakat di luar sana, sokonglah dengan memahami secara dekat anak-anak autism yang istimewa ini. Terimalah mereka seadanya. Kita tidak dapat mengubah takdir, tetapi kita boleh menyokongnya dengan membantu  memahami  ketidakupayaan.


11.11.2018





.