Saturday, 20 July 2019

MAJLIS SILATULRAHIM - BUKAN SEKADAR MERISIK KHABAR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Kali ini  MokDah nak berkongsi mengenai Majlis Silatulrahim yang dianjurkan oleh waris Haji Mohd Salleh Bin Abdul Hamid atau HMS (datuk Mokdah sebelah ayah) dan pengisiannya. Majlis ini dianjurkan dengan matlamat bukan sekadar mengeratkan silatulrahim sahaja tetapi untuk memberikan manfaat yang berkesan kepada generasi muda dikalangan waris HMS.


                                       14.07.2019 -Majlis Silatulrahim HMS Ke 4 telah dimeriahkan oleh seramai 400                                         waris HMS yang turut disertai oleh sanak saudara dari jauh dan dekat
Majlis Silathulrahim HMS Ke 4 ini telah diadakan pada 14 Julai 2019, yang dihadiri seramai 400 orang waris HMS dari generasi ketiga hingga kelima yang datang dari 7 keluarga serta saudara mara terdekat dan jauh dengan HMS dan Hajjah Sabariah. Majlis yang diadakan di Dewan Dato' Othman Harun, Kem Wardieburn Setapak, Kuala Lumpur ini meninggalkan aura yang postif.   MokDah dan juga saudara mara yang hadir sama-sama dapat merasakan aura kemesraan kekeluargaan yang "berbunga-bunga" dan semerbak kasih sayang.

Mengekal dan menyemarakkan silatulrahim d iantara waris dan juga saudara mara jauh dan dekat, sudah seharusnya dipupuk agar sentiasa segar, harmoni dan erat. Waris Haji Mohd Saleh (HMS) yang merupakan keluarga terbesar di Kampung Bharu (satu-satunya kampung Melayu yang terletak di tengah-tengah kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur) telah mengambil inisiataif untuk meneruskan tradisi mengadakan " Majlis Silatulrahim" agar tidak terbantut atau terputus tali persaudaraan kekeluargaan di kalangan waris yang semakin hari semakin besar..

Di zaman ini, majlis pertemuan dimana kaum keluarga dan sanak saudara berkumpul sekurang-kurangnya setahun sekali di dikenali sebagai Majlis Silatulrahim atau "Reunion". Tetapi bagi HMS (datuk kami) dan Hajjah Sabariah (nenek) yang amat sayangkan keluarga dan saudara maranya, mereka tidak akan tunggu setahun sekali untuk bertemu dengan mereka. Di sepanjang tahun berbagai cara dilakukan untuk membolehkan mereka dan kaum keluarga serta saudara mara mendekati antara satu sama lain.
.
Mengambil iktibar daripada amalan datuk nenek kami inilah, Jawatankuasa Penganjur Majlis Silatulrahim HMS Ke 4 telah menyusun atur acara dengan teliti agar pengisian majlis ini menjadi lebih bermakna dan dapat dimanfaatkan oleh generasi muda waris HMS. Jawatankuasa Penganjur Majlis dianggota oleh waris dari generasi 4 mewakili 7 keluarga (Zainab, Mariam, Amnah, Ismail, Kalthum, Fatimah, Idris dan Yahya) dan dipimpin oleh Datuk Zunaidah Idris dengan penasihatnya  Sdr Zaukilfi Mohd Khamis (generasi 3).

Aturcaranya agak berbeza dari kebiasaan, bukan sekadar hanya jamuan makan, hiburan dan merisik khabar saudara mara yang datang. 

Keluarga Idris (MokDah), salah satu daripada 9 keluarga HMS dan Hajjah Sabariah
dengan tema pakaian "oriental".


Bertemakan tradisional Malaysia Majlis Silatulrahim HMS Ke 4 ini telah megimbau salah silah dan susur galur HMS yang  berketurunan Bugis dari Sulewasi, Cina, Arab dan Melayu. Penceritaannya mengenai HMS dan keturunannya dibuat dalam satu video ringkas yang padat lengkap dengan maklumat. Dalam masa yang sama, setiap keluarga turut  menyediakan video yang memperkenalkan ibubapa mereka serta anak-anak dan cucu masing-masing.   

Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Bagi generasi muda, dengan cara ini mereka bukan sahaja akan merasa lebih dekat dengan waris-waris yang begitu ramai malah ianya juga boleh dijadikan inspirasi.



generasi ke 4 HMS


Bagi waris HMS, Majlis Silatulrahim yang diadakan setiap lima tahun ini merupakan satu  amalan tradisi yang di warisi dari HMS dan isterinya Hajjah Sabariah (nenek), walaupun caranya berbeza. 

Di zaman dulu,  HMS dan Hajjah Sabariah sering mengadakan berbagai "majlis" dan "aktiviti" dengan berbagai cara, yang pasti ia melibatkan anak-anak dan cucu-cucu, saudara mara dan juga sahabat handai. Matlamatnya adalah untuk sentiasa dekat dengan "kaum keluarga", yang susah dibantu, yang sakit di ziarahi, yang jauh didekatkan dan yang dekat dieratkan.

Diantara aktiivitinya adalah:

1) Majlis Kenduri di petang Hari Raya Haji - semua anak-anak, cucu-cucu dan sanak saudara terutama yang terdekat perlu hadir;

2) Anak-anak dan cucu-cucu terutama yang duduk jauh perlu balik pada musim perayaan seperti Hari Raya, cuti umum yang panjang dan cuti sekolah;
3) Anak-anak dan cucu-cucu dan saudara-saudara terdekat akan memastikan mereka berkunjung ke rumah "ibu" di no 20 Jalan Raja Uda pada hari raya pertama , ada yang seawal pagi dan bagi yang jauh rumah "ibu" ini  "dibuka" selama seminggu;
4) Disepanjang tahun, HMS dan Hajjah Salbiah sentiasa melapangkan masa untuk berkunjung ke rumah anak-anak serta  sanak saudara jauh dan dekat, termasuklah jika ada majlis kenduri dan pada di musim cuti sekolah.
5) HMS dan Hajjah Sabariah tidak pernah tertinggal untuk menziarah sanak saudara yang sakit, lebih-lebih lagi bila ada kematian dan jika majlis kenduri.
6) Bila-bila masa anak-anak dan cucu-cucu serta saudara mara dipersilakan berkunjung ke rumah "ibu" dan tidak perlu tunggu ada majlis ataupun dijemput. Dapur nenek Hajjah Salbiah yang pakar masak memasak tidak pernah kering, ada sahaja juadah istimewa yang disedia untuk mereka yang datang berkunjung.
7) Kenduri tahlil, mengaji dan makan-makan sering diadakan dan ianya terbuka kepada semua ahli keluarga dan sanak saudara serta jiran tetangga.



                                                         Majlis Perkahwinan yang mengumpulkan sanak saudara, satu amalan                                                       HMS dan Hajjah Sabariah  untuk mengekalkan silarulatahim

Majlis Silatulrahim


Majlis Silatulrahim pada asasnya adalah untuk mengeratkan, memanjangkan dan menyemarakkan hubungan kekeluargaan.

Lebih daripada itu, sebagai saudara kita harus mengambil tahu kebajikan saudara mara kita, yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita eratkan, dan yang sakit kita ziarah sementarayang susah kita bantu di mana yang mampu dan boleh.


Kumpulan Waris HMS begitu ramai dan sebagai satu kemuniti yang besar ia mempunyai kekuatan serta banyak kelebihan yang boleh dimanfaatkan oleh generasi muda. Kumpulan Waris HMS ini kaya dengan berbagai "talent" dan orang-orang yang berjaya dalam berbagai bidang kerjaya termasuklah yang menjadi CEO, COO, Peguam, Doktor, Akauntan, Peguam, Jurutera, Banker. Pakar IT dan berbagai lagi.


generasi ke 3 dan ke 4 bekerjasama menjayakan Majlis Silatulrahim HMS Ke 4


Dengan kekuatan dan "kekayaan talent"  yang pelabagai ini, waris-waris khasnya generasi muda mereka boleh mengujudkan rangkaian kerja (networking) yang kukuh dan saling lengkap melengkapi.  Dengan ini generasi muda boleh dengan mudah mendapatkan sokongan dan bantuan daripada saudara mara dalam berbagai bidang disamping mendapatkan khidmat nasihat  dan  sokongan baik dalam membina kerjaya,  mahupun perniagaan dan juga kehidupan.

Dalam masa yang sama, bila kita memerlukan bantuan dan bimbingan, kita boleh bergantung kepada saudara mara dalam kumpulan warisan kita.


Ahli Jawatankuasa Penyelaras Warisan HMS

Begitulah pentingnya agar kita sentiasa memelihara hubungan kekeluargaan sesama kita. Jagalah dan sayangilah kaum keluarga, waris dan saudara mara kita. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim (hubungan kekeluargaan)” [Hadis riwayat Muslim].

No comments:

Post a Comment