Thursday, 5 March 2015

#menuMokDah: RAHSIA HALIA UNTUK KESEHATAN



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Rata-rata semua orang tahu halia (Zingiber officinale)merupakan salah satu bahan penting dalam berbagai jenis masakan disamping ianya juga dijadikan perisa minuman.

Selain daripada itu, sejak zaman azali lagi, halia sudah diketahui mempunyai berbagai khasia, yang diambil bagi tujuan kesehatan.

Ramai yang menyedari akan kebaikan tetapi ramai juga yang tidak mengindahkannya termasuklah MokDah sendiri. Hanya apabila doktor mengesahkan ada darah tinggi dan kencing manis, barulah Mokdah mengambil perhatian serious akan khasiat halia ini.

Sejak itu MokDah banyak buat rujukan untuk mengetahui secara mendalam tentang khasiat halia dan cara yang terbaik untuk menjadi sebahagian dri pemkanan atau minuman. 

Diantara halia yang terkenal di Malaysia yang ditanam secara kecil-kecilan atau secara komersial adalah halia Bentong dan halia Sabah. Sementara itu terdapat juga satu lagi jenis halia bara yang turut mengandungi berbagai bahan yang baik untuk kesehatan.


Khasiat Halia:

Halia mengandungi berbagai bahan seperti kromium, magnesium,  zink dan anti radang yang boleh membantu merawat berbagai masaalah seperti: 

* Membuang angin dan lemak dalam badan.
* Mengurangkan berat badan.
* Menurunkan kadar kolesterol dalam badan.
* Membersihkan usus dari toksin dan bakteria.
* Melancarkan peredaran darah.
* Menurunkan tekanan darah.
* Melegakan sakit pinggang dan sakit lutut.
* Menghilangkan bau mulut.
* Melegakan sembelit.


Cara mengambil halia:

Halia boleh dijadikan ramuan dalam masakan, sama ada dihiris atau di tumbuk untuk dimasak bersama nasi, lauk pauk seperti daging dan ikan dan juga sayur-sayuran. Kalau halia muda boleh dihiris halus dan dijadikan ulam.

Sementara itu halia juga boleh direndam atau ditumbuk untuk dijadikan minuman. Halia boleh diminum sebagai air halia sahaja ataupun dicampurkan dalam minuman seperti air teh mahupun direndam bersama lemon dan daun pudina untuk dijadikan minum.@06.03.2015



No comments:

Post a Comment