Assalamualikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,
1.
Alahmdulillah, pada awal bulan Mac lalu, sekali lagi MokDah
berkunjung ke negara Tokyo, Jepun, untuk bercuti. Apa yang mengagumkan
MokDah rata-rata orang Jepun yang ditemui masih berpegang teguh dengan
amalan sikap menghormati orang lain.
2. Walaupun gaya hidup di bandar metropolitan Tokyo ini boleh dikatakan serba moden, baik dari segi bangunannya yang tinggi mencakar langit, cara orang-orang mudanya berpakaian yang ala barat, tetapi mereka masih tidak lupa pada amalan nenek moyang mereka yang sentiasa menghormati orang lain.
3. Kita selalu bangga dengan budaya amalan nenek moyang kita yang berpegang pada adap bersopan santun. Tetapi kalau kita amati cara hidup masyarakat kita hari ini sebenanrya kita sudah jauh berbeza. Budaya mengamalkan adap sopan ini semakin hari semakin lenyap dan pudar dari kehidupan kita masa kini.
4. Dari pemerhatian MokDah, walaun di Tokyo, rata-rata orang yang ditemui menunjukan sikap menghormati orang lain. MokDah merasa cukup senang melihat bagaimana mereka melayan dan bertolak ansur serta menghormati orang lain, termasuk para pelancong serta orang-orang tua dan kurang upaya yang sentiasa mendapat laluan dan perhatian utama dimasa sahaja.
5. SungguhpunTokyo merupakan dua pertembungan budaya diantara budaya tradisi Jepun dengan arus permodenan, yang tidak mengganggu masyarakat Jepun, malah ia seakan serasi.
6. Sungguhpun rata-rata di bandaraya ini terutama orang-orang muda, pakaian
mereka sudah lebih kepada ala barat, tetapi masih bertutur pekat dalam bahasa
Jepun. Sekali sekala terserampak juga dengan wanita-wanita yang mengenakan pakaian tradisi kumono. Lazimnya mereka mengenakan pakaian tradisi ini untuk majlis atau acara tertentu.
7. Dari segi makan, walaupun terdapat banyak makanan barat, tetapi tidak boleh lawan food court, gerai atau restoran yang menghidangkan beraneka makanan tradisi Jepun, hampri setiap bangunan menetapkan 2 hingga 4 tingkat yang dipenuhi dengan gerai-gerai makanan tradisi Jepun yang harganya agak berpatututan. Yang paling banyak sekali gerai atau restoran menjual makanan Jepun terutama Sushi.
7. Dari segi makan, walaupun terdapat banyak makanan barat, tetapi tidak boleh lawan food court, gerai atau restoran yang menghidangkan beraneka makanan tradisi Jepun, hampri setiap bangunan menetapkan 2 hingga 4 tingkat yang dipenuhi dengan gerai-gerai makanan tradisi Jepun yang harganya agak berpatututan. Yang paling banyak sekali gerai atau restoran menjual makanan Jepun terutama Sushi.
Sushi begeitu popular di Jepun, cara hidangannya juga berseni |
8. Yang
paling MokDah kagum ialah tingkah laku para pekerja Jepun, tidak kira dimana
mereka bekerja, sebagai jurujual di kedai-kedaim, petugas di station-station
kereta, komplekes membeli belah, gerai dan kedai-kedai, tempat pelancongan
seperti di Sky Tree, Tokyo Tower, dan Disneyland Tokyo, mereka sentiasa
menunjukan tanda hormat pada para pelanggan/pengunjung serta kelihatan begitu
gembira dan komited dengan tugas dan tanggungjawab yang digalas.
9.
Dengan layanan sebegini, MokDah rasa amat selesa dan begitu mudah untuk
melancung ke Jepun, walaupun tak tahu bertutur bahasa Jepun. Apa yang MokDah
boleh sebut antaranyya adalah "Vey
arigatōgozaimashita" (Thank you very
much); "Kon'nichiwam" (hello) dan
"Sayōnara" (good bye).
Budaya hormat yang diamalkan oleh pekerja-pekerja dalam sektor perkhidmatan |
10. Bila berada di sana Mokdah berpegang pada pepatah Melayu, jangan malu bertanya supaya tidak sesak jalan. Yang anehnya, memang mereka tidak tahu bertutur bahasa Inggeris jauh lagi bahasa Melayu, tetapi mereka akan cuba membantu sama ada dengan menunjukan arah melalui peta, isyarat tangan ataupun mencari orang lain yang boleh berbahasa Inggeris ataupun lebih daripada itu mereka akan tunjukkan jalan atau membawa kita ke tempat itu sendiri.
11. Rata-rata petugas ini nampak bangga dengan apa juga pekerjaan yang mereka lakukan, mereka sentiasa senyum, tidak lekang dengan ucapan "Kangei" (selamat datang) dan "arigatōgozaimashita" (terima kasih).
12. MokDah dapat rasakan betapa rakyat Jepun adalah satu masyarakat yang kuat semangat patriotiknya, mereka bangga jadi rakyat Jepun dan mereka juga komited dengan apa juga tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan, sentiasa senyum dan gembira serta sedia membantu orang ramai termasuk para pelancung.
13. Kesimpulannya, MokDah berharap dalam kita mengejar arus kemajuan, kita rakyat Malaysia dapat terus mengamalkan budaya nenek moyang kita yang sentiasa berpegang pada adap sopan dan rasa hormat menghormati orang lain, banyak kebaikannya dan faedahnya yang akan kita perolehi. @16.04.2014
No comments:
Post a Comment