Sunday, 9 November 2014

#menuMokDah - URAP KELAPA WARISAN KELUARGA DARI MELAKA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Urap Kelapa Warisan Keluarga dari Melaka
Urap Kelapa merupakan satu hidangan sampingan yang mesti disediakan untuk dimakan dengan ketupat nasi, sambal udang dan rendang daging.

Tak ramai orang tahu tentang hidangan sampingan ini kerana MokDah dan keluarga hanya belajar menyediakannya daripada Allahyarham nenek yang berasasl dari Bandar Kaba, Melaka.

MoDah tak pasti, apakah ini hidangan orang Melaka lama kerana generasi baru dari negeri Hang Tuah ini juga ramai yang tidak tahu mengenai Urap Kelapa dan fungsinya, jauh lagi untuk menyediakannya.

Yang pasti seluruh keluarga MokDah yang mengenali Allahyarham nenek Sabariah Mat memang tahu dan sering dapat merasa Urap Kelapanya apabila ada hidangan ketupan beserta sambal tumiis udang dan rendang daging. Hidangan ini bagaikan appetiser yang menambahkan kelazatan hidangan ketupan.

Resepinya:

Kelapa muda di parut dan gaul dengan sedikit garam
Udang kering direndam dan tumbuk halus
Bawang merah dihiris
Daun limau perut dan daun kunyit di hiris bagai bunga rampai

Gaulkan kesemua bahan tersebut dan goreng tanpa minyak dengan api yang perlahan.

Apabila sudah hampir kuning, angkat dan hidangkan dengan juadah ketupat. @10.11.2014


No comments:

Post a Comment