Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakaktuh dan Salam Sejahtera
Bersempena bulan Ramadhan ni MokDah nak berkongsi resepi, masakan yang biasa di masak dirumah. Mungkin resepi ini dapat membantu mereka yang baru memasuki alam berumahtangga, dan MokDah rasa terpanggil untuk berkongsi resepi ini bila seorang teman di pejabat bagi tahu semalam dia masak kari, tapi tak berapa nak menjadi. Katanya dia ambil resepi dari satu blog yang penulisnya suka berkongsi resepi.
Pengalaman MokDah, kalau orang betanya sukatannya, susah nak bagi yang sebenarnya. biasanya kalau kat rumah kita main agak-agak, tengok kuantiti ayam atau daging atau ikan yang digunakan dan baru dipadankan dengan rempah kari dan air, juga santan atau susu atau yogart yang hendak digunakan. Lain orang lain cara memasaknya, dan begitu juga lain negeri lain caranya.
MokDah dahpun bagi panduan amalam harian semasa memasak kari ayam. Harap teman ni dapat mencubanya buat kali kedua. Tapi MokDah dah pesan janganlah gunakan sampai setengah paket serbuk rempah kari untuk hanya dua potongan peha ayam dan tak perlulah sampai satu kotak santan, nanti jadi masak lemak pulak.
Apapun kali ini, MokDah nak berkongsi resepi Macroni Kari resepi keluarga yang kami suka, tak taulah lain orang lain caranya. Kalau nak cuba boleh.
Bahan-Bahannya:
Macroni direbus dan tos (anggaran setengah paket kecil)
Daging cincang 1/2 satu paket kecil
1 sudu besar taucho halus
1 biji tomato yang besar di potong dadu
1 batang carrot potong dadu
2 biji kentang potong dadu
1 paket susu (kotak paling kecil)
Air secukupnya (anggaran 4 cawan)
garam secukupnya
Bahan Tumis:
Bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
Bawarang merah dan bawang putih di hiris
5 sudu besar rempah kari daging (Babas) bancuh dengan sedikit air buat paste
4 sudu besar minyak
Cara Memasaknya:
1. Panaskan minyak, tumis bunga lawang, kulit kayu manis. buah pelaga, barang merah dan bawang putih sampai wangi (hampir nak garing)
2. Masukan taucho, tumis kejap
3. Masukan rempah kari, tumis sampai wangi
4. Masukan daging cincang
5. Masukan carot dan ubi kentang
6. Masukkan air anggaran 4 cawan untuk empokkan carrot dan ubu kentang
7. Agak carrot dan ubi kentang setengah masak, masukan daging cincang
7. Bila semua dah masak, masukan buah tomato dan santan, biar mendidih sekejap (perlahankan api)
8. Akhir sekali rasa dulu baru masukkan garam sebab taucho juga masin
Bahan Tambahan semasa menghidang:
Telur rebus
Bawang goreng
Hirisan daun bawang dan daun saderi
Selamat mencuba dan menjamu selera. @ 04.07.2014
Thank u for sharing.
ReplyDelete