Sunday, 6 July 2014

ALLAHYARHAMAH SHARIFAH AINI YANG KU KENALI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Pemergian Allahyarhamah biduanita negara,
Syarifah Aini binti Syed Jaafar (saya memangilnya Pah) pada hari Sabtu 6 Julai 2014, meninggalkan seribu kenangan buat peminatnya dan mereka yang mengenali.

Begitu juga dengan MokDah, walapun hanya beberapa tahun sahaja, secara kebetulan dapat mendekati dan mengenalinya secara dekat,  turut merasa sedih kerana hilangnya seorang teman kesayangan.

Allahyarhamah bukan sahaja lagenda dalam industri musik yang mempunyai ribuan peminat, tetapi lebih daripada itu. Yang mengenalinya tahu Allahyarham adalah insan yang baik budi, amat penyayang dan ikhlas dalam berkawan.

MokDah mula kenal dan mendekati Allahyarhamah apabila selalu melanggan produk dari Pots & Petal yang diusahakannya bersama seorang teman. Kemudian kami sering berhubung termasuk melalui facebook.  Walaupun kenal tak lama, MokDah rasa begitu rapat sekali denganya,  lebih-lebih lagi kami sering bercerita fasal anak-anak, kebetulan anak perempuan MokDah dan Aliff (anak tunggal Allahyarhamah) pernah berkawan semasa menuntut dahulu. 

Walaupun kenal tak lama, tetapi daripada pergaulan dan perbualan, cara Allahyarhamah berbicara dan melayan dapat kita rasanya kemesraanya, kasih sayangnya dan keikhlasannya.

Kalau tak merasainya, tentu sukar untuk kita percaya begitu ikhlasnya hati seorang bintang besar seperti Sharifah Aini. Apabila dapat merapatinya dari dekat, barulah MokDah kenal siapakah sebenarnya Sharifah Aini.  Dia adalah insan yang tersangat istimewa apabila berkawan, kasih sayangnya melimpah ruah, tidak sama seperti gambaran pernah kita dengar dari orang lain di luar sana. Selain mempunyai ramai kenalan, dia mempunyai ramai anak angkat yang mendapat tempat di hatinya, disampung sering pula menjemput anak-anak Tahfiz kerumahnya yang cantik dan indah itu.

Allahyarhamah pernah menyebut pada hari ulangtahunnya yang ke 60, "Alhamdulillah saya ingin terus hidup dengan kasih sayang. Saya tidak mahu menoleh ke belakang dan meratapi apa yang sudah berlaku. Pada umur yang begitu saya hanya ingin kehidupan yang aman, tenang dan sejahtera. Saya ingin mara ke depan tanpa sekuman pun rasa takut. Apa yang jelas, bukan senang untuk menjadi wanita berkerjaya sepenuh masa dan ibu tinggal selama 18 tahun".

Selain daripada itu, paling mengagumkan MokDah, Allahyarhamah berjaya membimbing anak tunggal lelakinya Aliff dalam didikan agama hingga berjaya melanjutkan pelajaran ke Medina. Kita semua  ketahui, bekalan seorang ibu ketika ia mati adalah doa seorang anak yang soleh. 

Dari mata kasar kita,  Allahyarham telah mendapat hidayah daripada Allah S.W.T. untuk melaksankaan  amalan-amalan yang membawa keberkatan dalam hidupnya di dunia dan akhirat. Hati MokDah tersentuh apabila melihat Aliff mengimamkan solat jenazah ibunya sebelum perjalanan terakhirnya untuk dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Kiara, Damansara.  Seperti Allahyarhamah Sharifah Aini, Mokdah yakin, inilah yang menjadi idaman semua ibubapa apabila mereka meninggalkan dunia ini.

Pemergiannya  Allahyarhamah pada  7 Ramadhan untuk menemui penciptaNya telah dipermudahkan dalam keadaan yang tenang, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan yang mulia di mana pintu Syorga terbuka. 

Sama-samalah kita mengambil ikhtibar dari perjalanan hidup Allahyarhamah Sharifah Aini ini.

Semoga roh Allahyarhamah diletakan dikalangan orang-orang Solihin. Amin.@ 06.07. 2014







MACRONI KARI RESEPI KELUARGA

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakaktuh dan Salam Sejahtera

Bersempena bulan Ramadhan ni MokDah nak berkongsi resepi, masakan yang biasa di masak dirumah. Mungkin resepi ini dapat membantu mereka yang baru memasuki alam berumahtangga, dan MokDah rasa terpanggil untuk berkongsi resepi ini bila seorang teman di pejabat bagi tahu semalam dia masak kari, tapi tak berapa nak menjadi. Katanya dia ambil resepi dari satu blog yang penulisnya suka berkongsi resepi.

Pengalaman MokDah, kalau orang betanya sukatannya,  susah nak bagi yang sebenarnya. biasanya kalau kat rumah kita main agak-agak, tengok kuantiti ayam atau daging atau ikan yang digunakan dan baru dipadankan dengan rempah kari dan air, juga santan atau susu atau yogart yang hendak digunakan. Lain orang lain cara memasaknya, dan begitu juga lain negeri lain caranya.

MokDah dahpun bagi panduan amalam harian semasa memasak kari ayam. Harap teman ni dapat mencubanya buat kali kedua. Tapi MokDah dah pesan janganlah gunakan sampai setengah paket serbuk rempah kari untuk hanya dua potongan peha ayam dan tak perlulah sampai satu kotak santan, nanti jadi masak lemak pulak.

Apapun kali ini, MokDah nak berkongsi resepi Macroni Kari resepi keluarga yang kami suka, tak taulah lain orang lain caranya. Kalau nak cuba boleh.

Bahan-Bahannya:
Macroni direbus dan tos (anggaran setengah paket kecil)
Daging cincang 1/2 satu paket kecil
1 sudu besar taucho halus
1 biji tomato yang besar di potong dadu
1 batang carrot potong dadu
2 biji kentang potong dadu
1 paket susu (kotak paling kecil)
Air secukupnya (anggaran 4 cawan)
garam secukupnya

Bahan Tumis:
Bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
Bawarang merah dan bawang putih di hiris
5 sudu besar rempah kari daging (Babas) bancuh dengan sedikit air buat paste
4 sudu besar minyak

Cara Memasaknya:
1. Panaskan minyak, tumis bunga lawang, kulit kayu manis. buah pelaga, barang merah dan bawang putih sampai wangi (hampir nak garing)
2. Masukan taucho, tumis kejap
3. Masukan rempah kari, tumis sampai wangi
4. Masukan daging cincang
5. Masukan carot dan ubi kentang
6. Masukkan air anggaran 4 cawan untuk empokkan carrot dan ubu kentang
7. Agak carrot dan ubi kentang setengah masak, masukan daging cincang
7. Bila semua dah masak, masukan buah tomato dan santan, biar mendidih sekejap (perlahankan api)
8. Akhir sekali rasa dulu baru masukkan garam sebab taucho juga masin

Bahan Tambahan semasa menghidang:
Telur rebus
Bawang goreng
Hirisan daun bawang dan daun saderi

Selamat mencuba dan menjamu selera. @ 04.07.2014