Assalamualikum WBT dan Salam Sejahtera.
1. Baru-Baru ini selepas makan "crepe ice cream" di sebuah rumah kedai di Gurney Drive, Pulau Pinang, secara kebetulan MokDah terjumpa dengan pokok bunga telang yang dah lama tak nampak.
2. Masa kecil-kecil dulu, pokok bunga telang ini tumbuh merata di pagar-pagar rumah atau tepi-tepi hutan kecil.
3. Generasai sekarang bukan sahaja tidak kenal dan tidak pernah dengar, malah jauh sekali untuk mengetahui bahawa bunga telang ini boleh dijadikan pewarna makanan.
4. Tumbuhan ini mungkin masih banyak di Kelantan dan Terengganu kerana ia masih digunakan untuk mewarnakan nasi dagang.
4. Kaum nyonya peranakan biasa menggunakan bunga telang ini untuk menjadi pewarna kuih muih seperti pulut "tai-tai" yang dimakan dengan sekaya, atau kuih muih seperti lompang dan kuih ku mahupun dibuat pewarna untuk minuman.
5. Cara mendapatkan warnanya mudah aje, rendam bunga-bunga tersebut, diramas dan tapis untuk menjadi pewarna.
6. Untuk menanamnya juga mudah, ambil biji dari pokok yang sudah tua dan tanam ditanah ditepi pagar kerana ia adalah jenis pokok menjalar.
No comments:
Post a Comment