1. Perasaan MokDah bercampur baur, sedih dan terkejut dengan berita mengenai satu keluarga bersama empat orang anaknya yang terpaksa tidur di kaki lima di Bandaraya Kuala Lumpur setelah dihalau keluar daripada rumah sewa yang tidak mampu dijelaskan sewanya.
2. Hai tuan rumah, sampai hati kau buat begitu, tidakkah tinggal sedikit rasa belas kesihan sekurang-kurangnya dengan keempat budak-budak ini? Apa rasa kalau ini terjadi pada anak atau cucu sendiri?
4. Sekurang-kurangnya, bantulah mereka bagaimana boleh mendapat tempat perlindungan sementara, ataupun kalau boleh dihubungkan dengan pejabat kebajikan masyarakat yang terdekat atau Baitulmal atau mana-mana pertubuhan bukan kerajaan yang boleh dicari dengan mudah melalui internet. Paling tidak bantu mereka untuk boleh balik ke kampung halaman dulu.
5. Kalau kat Sweden ni, entah siapa pulak yang kena dakwa kerana mengabaikan kepentingan keempat beradik ini sehingga terlantar di kaki lima tanpa makanan dan perlindungan yang sempurna.
6. MokDah selalu cerita kat kawan-kawan pengalaman semasa melawat ke India, apabila malam menjelang bergelempangan orang tidur di kaki-kaki lima. Rupanya di negara sendiripun ada dan mereka digelar gelandangan termasuklah kisah satu keluarga beserta empat anaknya yang tidak lagi mampu untuk membayar rumah sewa untuk dijadikan tempat tinggal bagi keluarganya.
7. Beginilah keadaan hidup di Bandaraya seperti Kuala Lumpur ini banyak cabarannya, tidak mudah untuk mereka yang tidak berpendapatan ataupun yang berpendapatan terlalu rendah untuk meneruskan kehidupan. Segala-galanya duit. Hidup derita di Bandaraya seperti Kuala Lumpur ini adakah yang kisah?
8. Kerana itu orang di bandar ni selalu kita dengar tertekan dengan kesempitan hidup, kalau tak dibantu macam-macam boleh terjadi, sampai ada yang sanggup tinggalkan anak begitu sahaja kerana kemiskinan dan ada pula yang sampai tak sedar mencederakan anak isteri sendiri.
9. Memang pejabat kebajikan masyarakat, Baitulmal dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan ada sedia membantu dan mempunyai peruntukan untuk menghulurkan bantuan, tetapi kenapa masih ramai yang terlantar bersendirian di kotaraya ini?
10. Saya ada mendapat maklum, untuk mendapatkan bantuan ini bukannya boleh dapat dengan senang-senang, banyak birokrasi dan kaedahnya. Hanya yang mendapat perhatian media dan masyarakat akan dipermudahkan, yang lain macam mana?
11. Seperti keluarga empat beranak ni, kalau mereka pergi gitu-gitu sahaja mengadu kata kena keluar rumah kerana tak mampu bayar sewa dan sekarang tidak mempunyai tempat berlindung, apakah mereka akan mendapat perhatian dan diberi bantuan segera?
12. Kerana itu para pegawai yang dipertanggungjawabkan dalam perkara kebajikan masyarakat seperti ini harus turun padang, tidak kiralah siang ataupun malam untuk memantau keadaan dan mengambil tahu apa yang berlaku serta mendekati mereka-mereka yang memerlukan bantuan.
13. Ataupun sekurang-kurangnya, buatlah kempen kemana harus mereka yang menghadapi masaalah hidup ini harus pergi dan bagaimanakah caranya untuk berhubung.
14. Masyarakat sekelilingpun kena ambil tahu, jangan buat tak kisah aje apabila sesuatu musibah menimpa jiran atau kenalan kita. @03.02.2014