1.Apa pun yang orang kata tentang kehilangan MH370, tragedi ini telah merutun banyak jiwa, terutamanya ahli keluarga, sana saudara dan sahabat handai para penumpang serta krew yang terlibat.
2. Walaupun tiada saudara-mara atau kenalan yang terlibat dengan tragedi ni, tetapi apa yang berlaku kepada MH370 tetap menyentuh hati dan perasaan MokDah sehingga tiba-tiba ia menjadi mimpi ngeri.
2. Walaupun tiada saudara-mara atau kenalan yang terlibat dengan tragedi ni, tetapi apa yang berlaku kepada MH370 tetap menyentuh hati dan perasaan MokDah sehingga tiba-tiba ia menjadi mimpi ngeri.
3. MokDah hanya menyedari tragedi yang menimpa MH370 pada pagi 8 Mac 2014 ktika sedang bersiap-siap untuk berangkat pulang ke Kuala Lumpur dari Tokyo. Penerbangan kami JAL ("coach shariang" dengan MAS) dijangka akan berlepas dari Narita menuju KLIA pada pagi itu.
4. Semasa nak "check-in" di Lapangan Terbang Narita, rata-rata penumpang dari Malaysia heboh bercerita mengenai pemerbangan MH370 yang dilaporkan hilang pada tengah malamnya sebaik berlepas daripada lapanganterbang KLIA menuju ke Beijing.
5. MokDah dan keluarga biasa aje, tidak pula terasa apa-apa semasa hendak menaiki penerbangan pada pagi tersebut. Tetapi semasa berada di dalam kapaltrbang, dalam lena tak lena MokDah semacam bermimpi terdengar panggilan "May day May day". Takut pula nak lelapkan mata, hati semakin gundah, tetapi cepat-cepat berzikir untuk menenangkan hati.
6. Alhamdulillah kami selamat sampai di KLIA. Semasa berada di sinilah baru terasa bahang kesibukan dan kehangatan tragedi MH370. Begitu ramai sekali orang termasuk para wartawan dan jurugambar, anggota keselamatan serta orang ramai, sama ada mereka ini sanak saudara penumpang MH370 dan anak kapal ataupun "penuntun" yang sibuk ingin ambil tahu.
6. Sejak balik, MokDah banyak pula menghabiskan masa di depan TV dan melayari internet untuk mendapatkan berita terkini mengenai MH730 termasuklah sidang media yang diadakan oleh YB Dato' Sri Hishamudin Tun Hussein Onn, pemangku Mentri Pengangkutan pada setiap petang.
7. Sejak kejadian itu, rata-rata rakyat Maaysia tidak kira bangsa dan agam terus berdoa di sana sini untuk keselamatan MH370 dan penumpangnya termasuk anak-anak kapalnya. Harapan masih tinggi agar MH370 dapat ditemui dan semoga sekalian penumpang dan anak kapalnya dapat segera kembali ke pangkuan keluarga yang setia menanti. MokDah juga dpaat merasakan ahli keluarga dan sanak saudara semakin hari semakin resah. Setiap doa bukan sahaja menaruh penuh harapan malah turut memujuk hati dan perasaan sedih yang tidak dapat diterangkan dengan kata-kata.
8. Sebagai seorang ibu dan isteri, MokDah sendiri merasakan kejadian ini begitu meruntun jiwa setiap ahli keluarga, ibu, isteri, anak dan saudara mara serta sahabat handai.
Diamond heart Maizura expressions Othaman (wife Hazrin Hasnan, crew MH370) is a wife and mother, who teased the soul |
10. Tidak lama kemudian, YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak membuat pengumuman bahawa penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi Selata. Suasana sekeliling dimana juga menjadi sayu dan pengumuman tersebut disambut dengan air mata.
11. Dalam keadaan sedemikian kita harus memahafi keadaan dan tekanan yang dihadapi oleh kaum keluarga penumpang dan anak kakapl MH370. Sukar untuk mereka menerimanya walaupun redha dengan apa juga ketentuan Allah S.W.T.
12. Kerana tekanan perasaan yang sukara di bending ini jugalah mengapa kita lihat ada sebilangan kaum China menjadi marah dan juga yang bertindak agak agresif. Kita juga harus faham akan budaya orang-orang China di saat-saat menghadapi kematian keluarga. Lebih-lebih lagi apabila ramai daripada mereka yang datang dari negeri China kurang faham dengan penjelasan dan penerangan yang cuba diberikan oleh para pegawai mengenai perkembangan tragedi MH370.
13. Akhir sekali marilah kita sama-sama berdoa agar penumpang dan anak kapal MH370 sentiasa mendapat perlindungan Allah S.W.T. @ 27/03/2014